Serious?!

Boom! Pelamin Musim Luruh ‘rare’ dan berani mati ini ‘trending’!

Oleh  | 

KALAU korang pergi mana-mana majlis kahwin, korang akan biasa tengok pelamin yang mostly warna putih dan bermotifkan bunga.

Tapi baru-baru ini, pelamin berkonsepkan musim luruh yang direka oleh Cipta Projects telah menjadi bualan netizen di laman sosial. Mana tidaknya, jarang betul orang guna warna hitam untuk jadi backdrop pelamin!

Tapi siapa sangka idea yang rare ini boleh outstanding ala-ala babak dalam filem Hollywood! Team Dhia sempat terjah pengarah projek bernama Ariff Eddy untuk cerita macam mana boleh ada idea boom macam ni.

Tak sangka Viral

Tidak pernah menyangka bahawa konsep pelaminnya akan menjadi viral. Arif terbuka untuk bercerita bagaimana behind the scene pelamin viral tersebut.

“Idea asal daripada rakan kongsi saya iaitu Adlie Hassan. Dialah yang lukis pokok dan kemudian idea itu kami kembangkan sama-sama.”

Walaupun ramai yang menyamakan design mereka dengan babak perkahwinan dalam beberapa filem terkenal, namun Ariff mengakui tidak merujuk mana-mana filem kerana idea itu memang tulen dan  lahir daripadanya teamnya sendiri.

Berani mati

Cipta Projek nampaknya berani mati menggunakan backdrop berwarna hitam yang sangat unik sebab normalnya mana-mana wedding planner akan memilih warna putih.

Namun menurut Ariff, mereka bertekad memilih warna hitam bagi memastikan pokok yang dihasilkan akan menyerlah.

“Waktu mula-mula tunjuk design pelamin, client agak terkejut. Tapi Alhamdulillah mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada kami,”

Cipta Project mengambil masa selama dua bulan untuk membuat persiapan menjayakan pelamin viral ini.

“Sebanyak 20,000 helai daun Maple yang digunakan dalam majlis itu kami import khas dari China. Manakala lalang disepanjang laluan masuk itu, kami bawakan dari Melaka.

“Kami mengambil masa dalam satu hari setengah untuk menghias keseluruhan dewan dengan hanya menggunakan kekuatan 6 orang tenaga kerja,” cerita Ariff semasa dihubungi team Dhia.

Berbondong-bondong pujian netizen

Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai dan pujian daripada netizen.

Bukan itu sahaja, tidak kurang juga netizen yang menyamakan pelamin berkenaan dengan beberapa scene dalam filem seperti Goblin dan Crazy Rich Asians.

Ha, korang kat luar sana tu kalau jenis tak suka benda cliche. Buat la pelamin macam ni! Barulah orang akan ingat tujuh keturunan. Amacam, onz ke tak onz?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my