D-Life

Bosan dirumah? Check out 5 filem & drama ini!

Oleh  | 

SIAPA dekat sini tak tahu nak buat apa dirumah? Yelah diberi cuti selama 14 hari mesti buntukan. Tak ada hal, sebab banyak sahaja drama dan filem best yang tengah trending sekarang ini yang boleh korang layan.

Sekarang ini banyak je aplikasi atas talian yang menyediakan siri drama dan filem yang best hanya di hujung jari. Ini beberapa cadangan cerita apa yang korang boleh layan.

Bombshell

Girls power! Itulah yang sis boleh katakan tentang filem ini. Filem biografi ini menampilkan pelakon hebat macam Charlize Theron, Nicole Kidman dan Margot Robbie. Dalam filem ini mereka dedahkan pengakuan beberapa pekerja dekat Fox News yang nak jatuhkan CEO mereka. Banyak la kes gangguan seksual didedahkan. Boleh tengok dekat wayang sekarang.

Ratu Ilmu Hitam

Selepas kejayaan filem Pengabdi Setan. Joko Anwar kembali lagi dengan filem seram bertajuk Ratu Ilmu Hitam. Filem ini dah ditayangkan tahun 1982 tapi diorang buat remake. Kalau dah namanya remake, plot cerita memang agak lain. Cerita kali ini tentang tiga orang sahabat  di rumah anak yatim yang dah lama terpisah dan jumpa balik. Banyaklah kejadian pelik yang berlaku waktu mereka jumpa itu. Kalau ada kawan-kawan yang suka cerita hantu yanh mendebarkan, boleh pergi tengok dekat pawagam.

Messiah

Dekat Netflix sekarang tengah trending siri ini. Cerita ini penuh dengan suspen dan agak provokatif. Mana taknya, cerita ini memberi gambaran kepada kita bagaimana agaknya kalau dekat dunia ini wujud dajjal dan mengaku diri dia ialah Messiah. Cerita ini sumpah best, sis memang cadangkan korang tengok!

The Morning Show

Sesiapa yang ada Apple TV, mesti korang tahu yang cerita The Morning Show ini tengah trending dan menjadi bualan hangat! Ada ramai juga artis ternama yang membintangi cerita ini macam Jennifer Aniston, Steve Carell dan Reese Witherspoon. Cerita ini memang buat korang sangat memahami dunia para produser dan mereka yang terlibat dengan dunia era baru berita pagi di Amerika.

Black

Korang boleh check out cerita Black Malaysia ini dekat Viu. Ia adalah adaptasi daripada cerita Korea dengan judul yang sama. Cerita tentang seorang detektif dan seorang gadis yang boleh tengok alam kematian seseorang. Kalau nak tengok menjadi ke tak lakonan Kamal Adli dengan Siti Saleha, boleh cari dekat Viu.

Apalagi, jangan lupa tengok semua filem dan drama ini. Lepas tu roger kami apa pendapat korang tentang filem-filem ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my