Oh-Oh-Tee-Dee

Bosan pakai skirt? Jom cuba gaya boyish ala-ala gadis Korea!

Oleh  | 

BIASANYA kalau sebut sahaja selebriti Korea. Korang mesti dah terbayang pakaian mereka yang selalunya comel-comel, seksi dan sangat feminin, kan? Sebenarnya, banyak juga gaya yag dikenakan oleh gadis muda di Korea ini yang ala-ala tomboy dan boyish.

Jadi, hari ini kita nak bawa korang cuba style yang ala-ala boyish. Tapi, korang tetap akan nampak cantik dan mempersonakan. Jom kita tengok apakah gaya tersebut.

Bomber Jacket

Benda ini kalau sesiapa yang tak ada lagi, silalah cari. Sangat berguna kalau korang tak tahu nak pakai apa kalau nak lepak jumpa kawan-kawan. Di bahagian dalam, korang kenakan pula dengan t-shirt putih dan tailored pants yang warna cerah. Kalau kasut pula, cari ankle boots.

Boyfriend Jeans

Boyfriend shirt korang dah biasa dengar kan? Jadi lepas ini korang cari pula seluar potongan Boyfriend Jeans yang akan menampakkan korang ala-ala tomboy comel. Nak lebih santai, korang boleh cari hoodie dan loafers shoes. Barulah menyerlah ala-ala artis Korea.

Blazer

Sebenarnya pakai blazer begini disesuaikan dengan kemeja denim dan skinny jeans buat korang nampak cool! Korang boleh juga jadi lebih kreatif dan bermain dengan kemeja atau t-shirt untuk nampak lebih kasual. Kalau dah bosan dengan blazer plain, korang boleh sahaja cari yang bercorak.

Leather jacket

Jaket ini sebenarnya boleh memberikan korang look yang feminin dan boyish. Sarung sahaja leather jacket ini, korang terus akan nampak lebih chic. Nak lebih menyerlah, boleh sahaja padankan dengan skaf warna-warni macam biru, merah, coklat atau putih.

Kemeja Flanel

Boleh dikatakan antara kemeja yang wajib ada dalam almari seluruh anak muda Korea. Korang akan nampak cantik dan chic sekaligus. Nak nampak lebih boyish, korang pakailah skinny jeans atau sneakers shoes.

Ha, menarik kan? Korang bolehlah cuba pakaian ini kalau nak keluar lepak dengan kawan-kawan nanti.

Sumber: Stylingpod

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my