Dhiaventure

Bosan ‘plan travel’ asyik tak menjadi, lebih baik ‘travel’ dengan kucing!

Oleh  | 

HA! Dah biasa dah terjadi dekat sis bila seronok plan itu plan ini last-last tak jadi. Bosan betul asyik benda yang sama je. Lebih baik bawa haiwan peliharaan kita. Dah tentu-tentu setia dan dengar cakap macam kisah seorang lelaki bernama Rich yang nekad berhenti kerja dan menjual segala harta benda untuk mengembara ke seluruh Australia.

Tidak berhasrat meneroka keindahan bumi Australia seorang diri. Rich telah membawa kucingnya iaitu Willow untuk menemaninya sepanjang perjalanan. Hambik kau, confirm tak banyak kerenah. Betul tak?

FOTO: Dailymail

Rich dan Willow telah menjadi sahabat karib sepanjang mengembara dua tahun setengah ini. Setakat hari ini, dia telah mengembara lebih 50,000 kilometer ke seluruhan Australia menggunakan kenderaan campervan.

Rich tidak risau membiarkan kucing kesayangannya itu bersiar-siar memandangkan kucing berwarna hitam itu telah dilengkapi dengan alat penjejak untuk mengesan keberadaannya sepanjang mengembara.

FOTO: Dailymail

FOTO: Dailymail

Lihatlah betapa bahagianya pasangan duo ini menjalani hidup sebagai pengembara yang bebas daripada segala tekanan. Inilah yang kita mahukan.

Haish, bilalah agaknya sis dapat merasa mengembara dengan kenderaan campervan ni. Cool nya! Kalau korang nak melancong ke mana-mana better korang grab online ticket ni supaya lancar perjalanan korang bila nak ke KLIA nanti. The fastest airport transfer in KL tau!

Sumber: Dailymail

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my