DhiaLova

‘Boyfriend’ curang, berbaloi ke beri peluang kedua?

Oleh  | 

PERKARA paling ditakuti sudah muncul. Orang yang disayang rupanya mencintai orang lain di belakang kita. Semuanya sudah kantoi di depan mata. Dia merayu-rayu, telefon, mesej agar diberikan peluang kedua. Jadi, apa yang korang nak buat sekarang?

Bagi sesetengah perempuan, ‘curang’ bererti putus. Tak ada maknanya nak diberi peluang kedua. Tapi bagi sesetengah orang yang lain pula merasakan peluang kedua patut diberikan kepada semua orang termasuklah kepada orang yang kita sayang. Walau sebesar apapun kesalahan itu.

Ada beberapa perkara yang korang akan hadapi and it’s totally normal. Kitaran kesedihan ini akan berakhir. Tapi korang terlebih dahulu perlu melalui beberapa fasa. Jangan risau, sebab Dhia ada bersama-sama korang untuk lalui perkara ini.

Marah, nangis? Silakan!

via GIPHY

Kalau korang rasa nak menangis kerana terlalu kecewa. Silakan. Kalau korang nak marah, silakan. Korang berhak untuk meluahkan apa yang korang rasa. Nangislah seberapa banyak yang korang perlukan sebab korang berhak.

Kumpul bukti dan segala fakta

via GIPHY

Nangis sahaja tak cukup. Korang kena pastikan apa yang korang rasa itu betul. Kumpul seberapa banyak bukti tentang kecurangan boyfriend korang. Benda ini penting supaya korang lebih rasional bukannya hanya sekadar overthinking.

Dah bersedia? Jom jumpa

via GIPHY

Kalau korang dah bersedia nak berhadapan dengan boyfriend korang untuk dengar penjelasan daripada dia. You go girl! Waktu itulah segala fakta yang korang kumpulkan akan sangat berguna. Masa itu jugalah korang dapat tengok adakah boyfriend korang jenis play a victim atau akan mengakui kesilapan dan memohon kemaafan.

Pertimbangkan nak putus ke tak

Ini bahagian paling penting. Kalau korang perlukan masa untuk timbang semula perhubungan. Silakan. Korang lebih kenal kekasih korang. Berbaloikan untuk memaafkan dan membina kembali kepercayaan korang? Adakah korang yakin dia tidak akan curang atau membuat korang hidup dalam perhubungan yang penuh toksik?

via GIPHY

Apapun, Dhia nak ingatkan. Segala pilihan yang kita putuskan mempunyai risikonya tersendiri. Kita mungkin akan lebih bahagia. Boleh jadi juga kita akan lebih kecewa sekiranya peluang kedua yang diberikan terus dikhianati. Berbaloi atau tidak? Korang bersedialah.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my