Serious?!

BTS buat comeback Februari ini! Ketahui 4 benda tentang album baru mereka

Oleh  | 

RASANYA ramai ARMY dekat luar sana dah tak sabar menantikan  album terbaharu boy band terkebal Korea Selatan ini iaitu BTS! Khabarnya, kumpulan yang bernaung di bawah agensi BingHit Entertainment ini bakal merilis album Februari ini.

Kali terakhir mereka melancarkan album ialah pada 12 April tahun lalu Map of the Soul: Persona. Kali ini comeback kumpulan itu katanya bakal menggegarkan persana seni hiburan dengan album Map of the Soul: 7. Macam manalah agak-agaknya muzik mereka, kan?

Jom kita tengok dulu beberapa fakta yang korang kena tahu tentang album yang bakal dilancarkan ini tak lama lagi!

Log Play

Map of the Soul: 7 tidak akan menjadi sambungan kepada album mereka yang sebelum ini. Bukan itu sahaja, album mereka ini akan berbentuk Long Play. Maksudnya, album mereka ini akan mempunyai lagu yang lebih banyak berbanding album sebelum ini.

Bakal hadir 21 Februari ini

Syarikat BigHit juga telah mengumumkan bahawa album mereka bakal dilancarkan pada 21 Februari 2020. Sebelum ini pun mereka dah pernah buka pra-tempahan untuk peminat bermula 9 Januari ini.

Angka 7

Angka 7 menjadi pilihan album kali ini sebenarnya memberi banyak makna. Ahli kumpulan mereka 7 orang iaitu RM, SUGA, Jin, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Selain itu, sebenarnya tahun ini ialah 7 tahun mereka bernyanyi setelah mereka debut.

Bakal pecah banyak rekod

Jarang kumpulan ini mngecewakan. Album mereka kali ini katanya bakal memecahkan banyak rekod. Kalau tengok rekod sebelum ini untuk album lalu, sebelum ini sahaja pra tempahan mereka sudah mencecah 2.6 juta. Bukan itu sahaja, walaupun album baru mereka belum dilancarkan, tapi mereka telah pun menjadi trending topic worldwide.

Apapun, sama-sama kita nantikan bagaimana agaknya muzik dan lagu yang bakal dipersembahan kumpulan ini Februari ini. Ada ke antara korang yang siap buat pra tempahan?

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my