Serious?!

BTS ‘Fake Love’ terus berhantu, dinobat lagu Korea paling trending di dunia

Oleh  | 

Lagu ‘Fake Love’ nyanian BTS telah diumumkan sebagai lagu Korea paling banyak dicari di Spotify mengalahkan lagu hit ‘Gangnam Style’ yang pernah viral pada tahun 2012.

Melihat rekod yang dicatatkan BTS, lagu bertajuk Fake Love telah memperoleh jumlah carian sebanyak 184 juta mengalahkan jumlah pemilik rekod tertinggi sebelum ini yang disandang lagu Gangnam Style dengan pendengar sebanyak 183 juta.

Manakala, lagu daripada kumpulan yang sama bertajuk ‘DNA’ juga berjaya mencatatkan rekod yang cemerlang setelah berhasil mengumpul jumlah  pendengar sebanyak 181 juta! Kudos!

Bukan itu sahaja, kumpulan K-Pop itu terus bersinar apabila Spotify mengumumkan  BTS telah menduduki carta kedua sebagai Lagu Paling Banyak Dicari  untuk tahun 2018 meninggalkan Maroon 5, Mogos dan Coldplay di belakangnya.

Sementara itu pada November, BTS turut dinobatkan sebagai artis korea pertama yang memperoleh jumlah carian mencecah 1 bilion melalui platform Apple Music.

Tahniah BTS atas kejayaan yang membanggakan!

Sumber: Soompi

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my