Serious?!

BTS menang ABPBH32, Netizen keliru siapa makcik ‘ARMY’ yang ambilkan ‘award’ ni?

Oleh  | 

ACARA berprestij Anugerah Bintang Popular ke-32 yang berlangsung malam tadi masih lagi menjadi tumpuan dan buah mulut netizen. Kali pertama anugerah itu memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Artis Korea Popular telah antara isu yang diperdebatkan warganet.

Berkat kesungguhan kelab peminat BTS di Malaysia, kumpulan artis terkenal Korea itu nampaknya mengungguli anugerah itu mengalahkan pesaing terdekat mereka iaitu Blackpink, GOT7, EXO, dan G-dragon. Walau bagaimanapun kumpulan yang menyanyikan lagu Fake Love itu tidak dapat menghadirkan diri.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah wakil BTS yang naik keatas pentas berkenaan bagi menerima trofi dan anugerah berkenaan  telah mengundang tanda tanya penonton.

“Yeah BTS you onz, Terima kasih kepada Malaysia ARMY BTS,” jeritnya.

Ramai juga rupanya yang tidak menyenangi wanita itu dan menyifatkannya sebagai keterlaluan.

Namun begitu, wanita berkenaan yang bernama Masturah Jamil itu merupakan orang kuat ARMY di Malaysia sehingga mendapat persetujuan peminat kumpulan Kpop itu untuk mewakili BTS di pentas AJL.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my