Inspirasi Dhia

Buang ‘vibe’ negatif dengan 5 cara mudah ini

Oleh  | 

PERNAH tak rasa macam kurang sesuatu dalam diri. Tiba-tiba hilang semangat, tak optimis dan rasa negatif melingkari diri. Nak kata ada masalah, tak jumpa punca. Tetapi terasa banyak aura negatif dalam diri.

Jika kamu pernah mengalami situasi seperti ini, bermakna kamu dikuasai aura negatif. Kamu perlu singkirkan terus aura negatif ini daripada diri kamu sebelum terus memakan diri kamu. Ini 5 cara mudah menyingkirkan aura negatif daripada terus membelenggu kamu.

Bercakap dengan diri sendiri

Bercakap dengan diri sendiri ialah satu terapi terbaik untuk menyingkirkan fikiran negatif dalam diri kita. Minda kita selalunya akan mengikut apa yang kita selalu perkatakan. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk sentiada sebutkan perkara yang baik-baik sahaja, supaya pemikiran yang positif dapat melahirkan tenaga yang positif.

 

Meditasi

woman sitting on floor

Bermeditasi membolehkan kita menguasai diri dan mencipta ketenangan dalam dunia kita sendiri. Bermeditasi ialah satu cara untuk berdamai dengan diri sendiri, meninggalkan keriuhan di sekeliling dan mencapai kedamaian total. Dalam keadaan bermeditasi, kita mengetepikan segala aura yang tidak baik yang dalam diri kita.

 

Menyanyi

Menyanyi boleh buat kita hidup lebih lama, itulah faktanya. Menyanyi sebenarnya bagus untuk kesihatan mental juga memperbaik kognitif. Dengan menyanyikan lagu kegemaran, kesihatan juga akan lebih terjamin kerana dapat menurukan tekanan darah tinggi.

 

Berjalan menikmati alam

Cara termudah untuk menyingkirkan tenaga negatif dalam badan adalah dengan mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Kita akan lebih segar jika akrab dengan kehijauan, yang boleh mengurangkan stres sehari-hari. Dengan menghirup lebih banyak oksigen, kita akan lebih tenang.

 

Duduk dekat dengan pantai

via GIPHY

Sains membuktikan berada dekat dengan air boleh membuatkan kita lebih tenang dan merupakan satu bentuk meditasi. Selain pantai, kamu juga boleh bersantai-santai di tepi tasik atau sungai. Sesekali cecahlah kaki kamu ke dalam air, kerana ion negatif akan teralir keluar daripada badan kamu. Barulah aura positif lebih dominan dalam diri kamu.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my