Inspirasi Dhia

Buat 3 kerja sambil belajar, Penerima Anugerah Diraja ni bagi tips simple nak Dekan!

Oleh  | 

TANYALAH semua orang yang ada dekat universiti, siapa yang tak nak digelar ‘beauty with brain’ dengan keputusan dekan setiap semester. Nak dapat pointer gempak bukanlah kena jadi genius. Kadang kita hanya perlu tahu macam mana nak skor dan apa yang kena buat untuk survive  sepanjang beberapa tahun pengajian. 

Baru-baru ini team Dhia semat bersembang dengan penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Siti Madihah Situah yang telah bergradusi dengan CGPA 3.8! Madiha yang manis ini bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Sepanjang belajar dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, banyak juga kerja yang dilakukan nak tampung kos belajar di universiti. Maklum sahajalah, keluarganya hanya berniaga roti canai. 

“Saya kerja sambilan nasi kukus di area Pengkalan Chepa. Lepas tu ada juga jual air mineral dekat balkoni. Waktu malam, saya ada  buat delivery dan hantar makanan dari bilik ke bilik. Jadi, setiap hari saya akan ada cash,” ceritanya. 

Madiha bersama ibu tercinta

Dengar pun dah tahu yang Madiha ini memang sibuk. Tapi macam mana dia boleh skor dekan setiap semester?  Ha, ini rahsianya!

Tahu bila waktu belajar yang sesuai

Saya memang jenis yang study malam. Waktu itulah saya akan mendengar balik rakaman apa yang pensyarah ajar di dalam kelas. Yelah, kadangkala dalam kelas kita tak fokus sangat apa dia ajar. 

 Pensyarah ada bagi hint

Pensyarah sebenarnya ada bagi hint tau setiap kali dia mengajar. Contohnya dia  akan tinggikan suara pada bahagian tertentu. Biasanya itu topik yang akan keluar.

Rajin tengok soalan tahun sebelumnya

Jangan lupa tengok soalan  tahun lepas supaya kita boleh  biasakan diri menjawab soalan. Nanti waktu exam tak adalah kita cemas tak tahu macam mana rupa bentuk soalan yang bakal keluar. 

Niat

Kalau nak diikutkan, saya tak la target nak dekan setiap semester. Saya cuma niat belajar ikhlas untuk ilmu dan juga membantu keluarga. Pendidikan penting untuk setiap orang. Kita kena berusaha untuk berjaya. Saya pun bukan golongan pandai cuma saya berusaha.

“Belajar kena berkat. Sebab itu kita kena jaga adab. Hati tak boleh gelap,” katanya mengakhiri perbualan.

Dengar cerita Madiha nak sambung belajar ke peringkat sarjana pula. Semoga berjaya kami di team Dhia ucapkan. Ha, kalau korang yang tengah struggle dekat kampus itu, bolehlah gunakan tips yang Madiha kongsikan ini. Jangan lupa sebarkan supaya orang lain pun dapat manfaat yang sama.

via GIPHY

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my