D-Life

Buat hidup korang lebih ceria dengan aktiviti Warna Warni George Town!

Oleh  | 

PULAU PINANG sememangnya terkenal antara bandar-bandar bersejarah yang ada di negara kita. Keunikan reka bentuk bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan sehingga hari ini dan budaya warisan yang masih lagi dipraktikkan lebih-lebih lagi dalam aspek kesenian dan kebudayaan.

Disebabkan Pulau Pinang merupakan antara destinasi kegemaran ramai untuk melancong, baru-baru ini sis berkesempatan untuk ke sana bersama rakan-rakan sis. Kenalah rasai sendiri pengalaman bercuti takkan asyik nak food hunting je. Kena pulak pada hari yang sis nak pergi tu, ada George Town Festival 2019 yang tengah berlangsung. Memang kena sangatlah! Jom jalan-jalan.

George Town Festival merupakan sebuah festival yang meraikan segala jenis kesenian yang dekat dengan negeri Pulau Pinang. Festival ini juga mempunyai objektifnya tersendiri iaitu mereka ingin menyebarkan kesenian tanpa mengira had umur dan latar belakang seseorang dalam pada masa yang sama, mereka ingin memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelancong luar. Antara aktiviti-aktiviti yang mereka anjurkan seperti Art in the city, When Night Falls, The Extravaganza, dan beberapa aktiviti artistik seperti film screening, diskusi, ceramah dan banyak lagi.

Semasa berada di sana, sis rasa tertarik untuk menyertai aktiviti Warna Warni George Town. Apa yang menarik, ilustrator dan pelukis kartun yang hebat iaitu Azmi Hussin telah mengetuai program ini dan memberi peluang kepada orang awam untuk mewarnakan lukisan yang telah dilukis olehnya mengikut kreativiti mereka sendiri. Bila umur dah semakin meningkat ni, rasa bersemangat pula nak mewarna. Ye lah, aktiviti mewarna ni kebiasaannya dilakukan oleh golongan kanak-kanak je kan. Rasa menarik pula bila golongan dewasa diberi peluang untuk mewarna lukisan mengikut kretiviti masing-masing.

Kalau korang tak kenal siapa pelukis berbakat ini, meh sini team Dhia nak bagitahu. Azmi ni telah menerbitkan buku kartun pertama bahasa Inggeris yang bertajuk Tanjung Life pada tahun 2015 dan The Little Mamak dan The Little Mamak Lost In Bagan. Azmi menjadi pelukis sepenuh masa bermula pada tahun 2013 apabila dia telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memberi fokus kepada aktiviti seninya.

Ditanya mengenai bagaimana tercetusnya idea untuk berkolaborasi bersama George Town Festival, pada awalnya Azmi telah merancang untuk menerbitkan buku warna untuk golongan dewasa. Idea ini telah diajukan kepada penganjur George Town Festival dan mereka bersetuju dengan idea Azmi untuk mengadakan aktiviti mewarna di sekitar bandar Pulau Pinang dan menjadi salah satu daripada slot dalam George Town Festival.

Kalau korang nak tahu, Azmi merupakan pemegang Malaysia Book Of Record apabila dia telah berjaya melukis 320 potret manusia dalam masa 24 jam sahaja. Hebatnya! So jangan lepaskan peluang untuk menyertai Azmi mewarna lukisan bangunan di Pulau Pinang bila korang datang ke sini okay.

Percaya kata sis, pengalaman seperti ini pasti korang akan ingat sampai bila-bila. Mewarna di tepi jalan sekitar Pulau Pinang beramai-ramai bersama pelancong lain merupakan pengalaman yang akan sis ingat sampai bila-bila. Sis dah join aktiviti-aktiviti yang ada di George Town Festival ni. Korang bila lagi? Festival ni sampai 28 Julai sahaja. Kalau belum ada plan nak kemana hujung minggu ni, boleh lah korang plan datang ke Penang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my