Dhiaventure

Buat korang yang nak travel tu, boleh ikut cara Naomi Campbell!

Oleh  | 

DALAM kesibukkan dunia mencegah COVID-19, ramai dikalangan kita yang menunda percutian ke Luar Negara kerana risau akan kesihatan diri.

Akan tetap ia tidak menghalang model terkenal iaitu Naomi Campbell daripada menjelajahi dunia. Naomi Campbel mengambil langkah melindungi diri ke tahap yang lebih hebat!

Supermodel yang berasal daripada United Kingdom itu memuat naik gambar kelihatan berada di dalam kereta dengan memakai sut putih bersama kaca mata dan topeng mulut.

 

View this post on Instagram

 

Safety first.

A post shared by Naomi Campbell (@naomi) on

Selain dari itu, Naomi juga turut berkongsikan beberapa gambar di mana beliau memakai sut putih di sebuah lapangan terbang dan memakai sarung tangan berwarna merah jambu.

Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi termasuklah seorang personaliti media sosial memberikan komen di mana dia tidak perlu membungkus dirinya.

Naomi menjawab permukaan yang terkena COVID-19 mampu bertahan selama 12 jam, bagaimana lagi cara keselamatan yang boleh diambil selain memakai topeng dan sarung tangan?

 

View this post on Instagram

 

Safety First NEXT LEVEL. Thank you @lindaevangelista Full video coming on my YouTube soon…

A post shared by Naomi Campbell (@naomi) on

Naomi menafikan dakwaan di mana dia sengaja mahu mempersendakan keadaan Covid-19 dan ia hanyalah salah satu cara untuk memastikan dirinya selamat ketika mengembara.

Bagi sis, tidak salah pun langkah yang diambil oleh Naomi memakai sut hazmat kerana lapangan terbang merupakan salah satu tempat yang agak berisiko tinggi!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my