Serious?!

Bukan biasa-biasa, ini 5 perempuan yang pernah berkolaborasi dengan member BTS!

Oleh  | 

SEBUT sahaja nama BTS, semua dah tahu kumpulan daripada Korea Selatan ini begitu hebat sehingga mempunyai peminat yang dipanggil Army di seluruh dunia. Nama yang pernah bergandingan dengan mereka pun bukan calang-calang tau antaranya Halsey, Nicki Minaj, Becky J dan banyak lagi.

Bukan hanya artis antarabangsa, penyanyi Boy With Luv itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa artis Korea yang tidak kurang hebatnya tau!

Ryujin ITZY

Inilah gadis yang sempat buat para ARMY cemburu sebaik sahaja menjadi salah seorang bintang dalam video BTS bertajuk Love Yourself Highlight Reel. Dalam video itu, Ryujin menjadi idaman Jimin dan J-Hope.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah menjadi rakan dance J-Hope dalam  Youth walaupun waktu itu mereka masih seorang trainer.

Lady Jane

Sewaktu berada di dalam pertandingan Masked of The Singer, Jungkok. Mereka berdua berduet menyanyikan lagu bertajuk Im In Love. Mereka berdua ada paduan suara yang hampir sama  sehingga ia kedengaran sangat indah jika didengar.

Suran

Pernah terlibat dengan salah satu lagu solo milik Suga. Mereka berdua pernah berkolaborasi dalam lagu bertajuk So Far Away. Suran memang dikenali sebagai seorang penyanyi yang bersuara khas dan mengisi part bernyanyi lagu tersebut manakala Suga bernyanyi bahagian rapp.

Kwon Jin Ah

Artis ini sebenarnya pernah terlibat dalam pembikinan lagu bertajuk U yang dinyanyikan oleh Namjoon. Mereka turut menyiapkan lagu itu bersama-sama yang diterbitkan pada tahun 2015.

Jadi begitulah antara artis dan selebriti Korea yang masih berkesempatan untuk berkolaborasi denga mana-mana ahli BTS. Kalau korang diberi kesempatan untuk bekerja dengan mereka, agak-agaknya korang akan bernyanyi, menari atau berlakon bersama-sama dengan mereka ya?

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my