D-Life

Bukan biasa-biasa, ini rupanya kesan kalau korang menangis

Oleh  | 

ADA dua jenis tangisan dalam dunia ini yang popular. Satu, kalau korang bernasib baik, korang akan menangis sebab terharu. Kedua, tangisan kesedihan yang selalu muncul setiap kali kita dikhianati, kecewa, kehilangan dan banyak lagilah perkara yang boleh mengundang air mata.

Selain membuatkan diri korang menjadi lebih tenang dan tenteram. Menangis pun rupanya memberi satu lagi kelebihan yang zaass! Iaitu boleh buat korang turun berat badan. Sis tak pastilah sama ada ini berita gembira atau tak untuk korang. Tapi bagi sis, sis lega betul.

via GIPHY

Sebuah kajian mendedahkan menangis boleh menurunkan berat badan kerana ia boleh meningkatkan paras hormon cortisol dalam badan hasil daripada tindak balas emosi.

Ketua penyelidik bernama William Frey juga mendapati air mata sebenarnya boleh mengeluarkan toksik dalam badan terutama ketika stress.

Hasil daripada proses tersebut, badan kita tidak lagi akan menyimpan lemak dan menyingkirkan hormon stress dari air mata.

via GIPHY

Waktu yang tepat untuk menangis menurut penyelidik adalah pada pukul 7 hingga 10 malam. Tapi nak menangis tu pilih tempat yang sesuai dan baju yang sesuai. Yelah, waktu malam kalau korang pakai baju putih dan menangis di balkoni rumah. tak ke dah menganiaya jiran-jiran korang. Silap-silap ada yang join sekali. Huish seram!

Teknik yang paling selamat dan berkesan, korang boleh menangis masa menonton filem sedih. Amacam? Sis tengah cari filem apa paling best dan paling sedih dekat wayang sekarang ni. Kalau tak ada sis pasang filem Kabhi Kushi Kabhi Gham jelah. Boleh lah menangis sepuas hati. Jumpa nanti!

Sumber: Asia One

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my