Serious?!

Bukan calang-calang, Ini artis terkenal yang mula rapat dengan BTS!

Oleh  | 

BERMULA dengan gambar penyanyi terkenal Ariana Grande memuat naik bersama kumpulan terkenal Korea BTS. Ramai yang terkejut terutamanya para ARMY sehingga ada yang menganggap gambar itu sekadar editing. Tapi apabila Ariana sendiri yang mengakui perkara itu, nampaknya BTS memang dah berada di satu tahap yang membanggakan. Standing in the eyes of the world bak kata orang.

Jangan terkejut sebab bukan hanya Ariana Grande yang pernah bergambar dengan BTS, ramai lagi selebriti terkenal yang semakin mendekati kumpulan Korea itu.

Jom kita tengok  siapakah artis tersebut.

Tyra Banks

Model dan pelakon terkenal Amerika Syarikat pernah beberapa kali berkongsi gambar bersama BTS di pelbagai acara.

Cardi B

Sewaktu Billboard Music Awars 2019, BTS pun sempat merakamkan sekeping foto bersama-sama Cardi B.

Madonna

Siapa yang tak kenal dengan ratu pop Amerika Syarikat Madonna. Dia juga nampaknya pernah bergambar dengan artis kumpulan Korea ini.

Halsey

Pernah berkolaborasi melalui lagu Boy With Luv, Halsey menjadi antara penyanyi yang cukup rapat dengan BTS. Halsey juga pernah mengajak Suga untuk berduet.

Rebel Wilson

Siapa yang tak kenal Rebel Wilson yang selalu membawakan watak lucu dalam filem lakonanya. Tak putus senyuman Rebel bila bergambar dengan V, Jimin dan Suga.

Taylor Swift

Of course! siapa tak kenal Taylor. Dia memuatnaik gambar bersama BTS dan berkata “BTSSo great meeting you!! You’re killing it”

Bertuah betul! Kalaulah BTS berkolaborasi dengan mana-mana artis seperti di atas. Mesti gempak, kan? Siapa artis yang korang rasa kena berkolaborasi dengan BTS lepas ini?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my