Serious?!

Bukan jodoh, Awi Rafael batal niat nikahi Atikah Suhaime

Oleh  | 

Gempar baru-baru ini apabila pelakon yang berasal daripada Singapura, Atikah Suhaime mengumumkan pembatalan majlis perkahwinannya bersama Awi Rafael. Majlis yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura  ini dibatalkan setelah masing-masing membuat keputusan bersama.

Atikah menerusi Instagramnya memberitahu mereka berdua berusaha keras untuk merealisasikan impian mereka ke jinjang pelamin tetapi mungkin dia belum kuat untuk memperjuangkan cinta mereka.

Foto: Instagram Atikah Suhaime

Atikah juga berterima kasih kepada Awi Rafael kerana menjaganya dengan baik sepanjang tempoh mereka bersama. Dia juga meluahkan rasa kesal kepada orang yang membantu persiapan perkahwinan mereka kerana tidak dapat meneruskan majlis ini.

Menurut sumber sebuah portal tempatan, Awi Rafael enggan mengulas lanjut tentang berita putus tunangnya bersama Atikah. Dia telah melakukan solat istikarah pada saat-saat akhir dan akhirnya segala persoalan tentang hubungan mereka terjawab.

Awi juga menjelaskan dia harus memelihara maruah keluarganya dan jalan yang terbaik adalah dengan membatalkan niatnya menikahi Atikah. Dia juga pernah menyatakan niat untuk menutup aib bekas tunangnya itu dan membawanya ke arah kehidupan yang lebih dan kerana itu lah dia mengikat pertunangannya dengan Atikah.

Baca kisah selanjutnya di Penahot .

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my