Serious?!

Bukan Makcik Kiah je akan tersenyum, semua akan tersenyum dengan bantuan dari kerajaan

Oleh  | 

PERDANA MENTERI Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jumlah yang bermanfaat kepada rakyat dan memberikan analoginya menerusi kisah Makcik Kiah yang dianggarkan meraih wang dan penjimatan sebanyak hampir lapan ribu ringgit.

Sebagai contoh, Makcik Kiah menjual goreng pisang yang tinggal di PPR Desa Tun Razak dan pasangan adalah pesara kerajaan dan merupakan seorang pemandu Grab.

Anaknya pula peminjam PTPTN dan pendapatan isi rumah adalah dibawah RM4000 sebulan dan dengan itu jumlah pengiraan keluarga Makcik Kiah disebutkan.

Makcik kiah akan mendapat Bayaran Prihatin Nasional sejumlah RM 1,600, Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM600 dan bantuan pesara berjumlah M500  dan bantuan e-hailing, RM500.

Jika pasangan Makcik Kiah bekerja sebagai anggota RELA, maka dia akan mendapat RM200 sebulan sehingga wabak berakhir dan keseluruhan pemberian tunai adalah lebih kurang RM 3,400.

Disamping itu, Perdana Menteri juga berkata Makcik Kiah turut mendapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan iaitu berjumlah RRM744, serta penjimatan tangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1,800 dan bil elektrik selama enam bulan sebanyak RM 120.

Bukan itu sahaja, anak Makcik Kiah juga turut mendapat kelebihan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1,200.

via GIPHY

Selain itu, jika Makcik Kiah membuat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik sebanyak RM100 sebulan. Maka, Makcik Kiah mendapat penjimatan sebanyak RM600.

Jika dikira, keseluruhan penjimatan adalah sebanyak RM 4,464 dan itu membuatkan keseluruhan nilai manfaat yang diterima termasuk pemberian tunai serta penjimatan adalah sebanyak RM7,864.

“Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat”

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my