D-Life

Bukan nak cepat mengandung je, rupanya ini 5 khasiat folic acid untuk gadis

Oleh  | 

SEBELUM ni mesti korang dah pernah dengar fasal folic acid, kan? Mana taknya, baru-baru ini kan sempat viral tentang waktu sebenar pengambilan folic acid yang dikatakan kena ambil dalam lingkungan 3 hingga 6 bulan sebelum mengandung.

Lebih-lebih lagi kepada bakal pengantin perempuan, ada yang sudah siap  menelan folic acid awal-awal. Iyalah, siapa tak nak ‘lekat’ zuriat cepat kan! 

Apa benda Folid Acid ini?

Folic acid ialah salah satu kumpulan dalam vitamin B yang wujud dalam komponen makanan seperti kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, yis (roti, gandum) dan ekstra daging.

Ia amat penting untuk membantu tumbesaran sel terutamanya kuku, kulit dan rambut yang kerap berganti. Wanita mengandung disarankan mengambil folic acid bagi menyokong perkembangan janin sejak awal kehamilan. 

Bantu atasi depresi

Namun apa yang kita lupa tentang kebaikan folic acid selain untuk kandungan ia juga sangat baik untuk perkembangan hormon dan kesihatan wanita. Korang tahu tak, acid folic ini mampu mengurangkan simptom kemurungan dan depresi.

Kuatkan ingatan

Malah daya ingatan dan kemahiran berfikir jadi lebih kuat. Jangan terkejut ya, orang dewasa yang kekurangan folic acid rupanya mudah marah-marah dan pelupa! 

Folic acid antara vitamin yang terbaik untuk penghasilan sel darah merah yakni tumpuannya bukan sahaja untuk bayi malah pada ibu juga. Rupanya wanita yang mempunyai masalah anemia, darah tinggi dan keletihan ialah kesan ketiadaan vitamin ini.

Kurangkan tekanan darah tinggi

Penyelidikan mendapati pengambilan folic acid setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah tinggi dan boleh menghasilkan tenaga. 

Jika korang kerap mengalami ulser mulut, ulser perut dan cirit-birit antara simptom badan korang tidak mempunyai folic acid yang cukup.

Kuatkan antibodi

Ini kerana ia secara umum menguatkan antibodi dan melancarkan fungsi sistem saraf. Fikirkan sahaja tentang ‘kuasa’ sel yang diberi, ia amat diperlukan oleh tubuh kerana sel mudah rosak jika tidak dijaga. 

Orait, geng! Sekarang semua dah sedar yang folic acid bukan sahaja untuk ibu mengandung atau bakal pengantin tapi juga untuk anak dara macam kita semua.

Kebaikan folic acid tidak sahaja tertumpu untuk rahim dan janin malah untuk perkembangan kesihatan tubuh badan dan kesuburan wanita. Jadi jangan rasa untuk mengambil folic acid hanya sebagai ‘vitamin mengandung’ tetapi ambil ia juga sebagai supplemen tambahan makanan. 

Jangan lupa juga dapatkan nasihat pakar farmasi atau doktor yang bertauliah sebelum consume. Bukan apa, supaya korang dapat pencerahan yang lebih mendalam tentang folic acid


Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my