Serious?!

“Bukan nak duit, cuma nak Naim jujur,” Bekas kekasih beri tempoh seminggu status sebenar Sumpah

Oleh  | 

BELUM pun reda nama Naim Daniel disebut-sebut setelah memenangi Anugerah Juara Lagu 34 dengan lagu Sumpah. Kini, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas kekasih Naim membuat sidang media tergempar mengenai status lagu Sumpah. Kontroversi mula melanda apabila wanita terbabit iaitu menjelaskan lagu itu adalah ciptaan bersama dan bukannya hasil karya Naim semata-mata.

Dalam sidang media tersebut, Dayana Emerda hadir bersama peguam dan ibunya menuntut agar Naim membuat penjelasan mengenai status lagu Sumpah.

 

Dayana ingin membersihkan namanya yang teruk dihentam netizen dan pada masa yang sama menuntut hak ke atas lagu tersebut yang dicipta bersama. Sebelum itu penyanyi tersebut membuat kenyataan bahawa isu itu sudah selesai. Namun ternyata, hal yang belaku adalah sebaliknya.

“Dia kata isu ini dah selesai sedangkan tak ada apa-apa tindakan yang dilakukan pihak Naim,” katanya.

FOTO: Mstar

Pihak Dayana memberi tempoh masa seminggu kepada Naim Daniel untuk memberikan penjelasan dan sentiasa terbuka jika penyanyi lagu Sumpah itu ingin berjumpa bagi mengelakkan konflik ini berpanjangan.

“Pihak kami sudah mempunyai bahan bukti yang kukuh untuk membawa kes ini lebih jauh. Dayana tidak minta keuntungan, namun cukuplah sekadar memberitahu umum bahawa lagu ini dicipta bersama-sama,” kata peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Harap kes ini boleh selesai dengan baik. Kalau itu memang ciptaan bersama, apa salahnya. Apapun, lagu itu memang sedap pun.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my