Inspirasi Dhia
Bukan sekadar ‘cheap labour’, majikan sedia tawar RM1000 sebagai elaun Intern
KALAU sebelum ini team Dhia dah pernah tanya pandangan anak muda dekat luar sana tentang berapakah jumlah elaun internship yang patut diberikan kepada mereka. Kali ini, untuk mendapatkan gambaran penuh tentang dilema ini, sis telah menemu ramah wakil daripada setiap sektor pekerjaan di Malaysia yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan persendirian.
Hasil perbincangan dengan mereka, setiap sektor merasakan sangat wajar untuk memberikan elaun kepada pelajar latihan industri memandangkan korang dah menyumbang kepada produktiviti syarikat. Menurut Nuliana Maydin yang bekerja di sebuah syarikat swasta merasakan keperluan memberikan elaun kepada Intern adalah wajar bagi membolehkan mereka menampung keperluan harian seperti makan dan kos pengangkutan.
BACA: Berapa ringgit patut diberi kepada ‘Intern’ di Malaysia?
“Syarikat yang pernah saya bekerja akan memberikan purata RM700 hingga RM1000 sebagai elaun untuk Intern. Ia berpatutan untuk syarikat kami yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.
Beralih pula Ros Sabrina yang bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi kerajaan. Beliau merasakan setiap syarikat perlu menyediakan elaun sebagai duit poket untuk mereka yang menjadi latihan industri.
BACA: Apahal perempuan cantik lagi senang naik pangkat? Apa cerita
“Setiap pelatih industri harus dibayar. Mengikut praktis terdahulu, ada sesetengah agensi membayar RM15/sehari. Secara kasarnya RM300 sebulan. Tetapi melihat pada kos sara hidup dan juga kebolehupayaan graduan pada masa kini, jumlah itu mungkin boleh dikaji semula. Mereka layak untuk dapat separuh dari gaji sebenar jawatan tersebut minimum RM800,”
Walaupun syarikatnya sedang berkembang dan masih kecil, Hashtag Media yang merupakan sebuah syarikat persendirian yang dimiliki Mohd Zulhelmie turut memperuntukkan sejumlah wang untuk mereka yang menjalani latihan Internship di syarikatnya.
“Selalunya memberikan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada setiap Intern disebabkan kami adalah sebuah company yang baru dan kecil. Tetapi jika ada kerja lebih, kami akan berikan elaun atau insentif lain sesuai dengan kerja yang dilakukan oleh mereka. Intern yang bagus juga kami akan offer kerja full-time selepas mereka menamatkan pengajian mereka. Ketiga-tiga full-time staff kami sekarang adalah bekas intern kami beberapa tahun lepas,”
BACA: 5 ‘tricks’ majikan buat supaya tak ‘hire’ pekerja kuat temberang
Walaupun masih ada lagi yang beranggapan seorang Intern hanyalah sekadar cheap labour yang membantu beberapa perkara. Namun, di tahun 2019 ini, sudah masanya pemikiran ini diubah dan mahasiswa kita diberi kepercayaan untuk sama-sama membangunkan syarikat dan dibayar sewajarya mengikut keperluan ekonomi semasa. Elaun pun biarlah berpada-pada janganlah sampai mereka terpaksa bekerja part time di malam hari untuk menampung kehidupan sebagai Intern tak berbayar di siang hari.





Komen Terkini