Dhia Glam

Bukan setakat ‘beauty is pain’ tapi demi nak cantik juga boleh bawa maut tau

Oleh  | 

BENARLAH kata orang, beauty is pain. Manusia bukan sahaja berani mengubah diri sendiri untuk tampil cantik, malah mereka  sanggup mengambil risiko dengan memakai pakaian yang boleh membahayakan diri!

Jangan terkejut, sebenarnya trend fesyen maut ini sudah lama dilakukan oleh manusia pada abad 18 dan 19 lagi. Macam-macam fesyen yang dicuba yang boleh membahayakan si pemakai. Tapi untuk kelihatan cantik semua orang akan melakukan apa sahaja walaupun perkara itu berisiko. Korang sejenis yang macam ini tak?

Kat sini Dhia nak senaraikan untuk korang 4 fesyen zaman dahulu yang telah membahayakan sehingga boleh mebawa maut kepada si pemakai! Seramnya..

1. Korset

Image result for corset 1800

Foto: Pinterest

Related image

Foto: Pinterest

Korset telah dicipta pada abad 16 lagi. Namun pada zaman Victoria, kaum wanita memakai korset dengan ketat sehingga boleh mebuatkan seseorang itu sesak nafas. Ini kerana mereka ingin kelihatan ramping dan berdada besar. Pada tahun 1903, dua orang wanita telah maut kerana 2 keping besi yang terdapat pada korset mereka telah menusuk jantung. Pada tahun 1912 pula, seorang penghibur pengajuk bernama Joseph Henella telah mati semasa melakukan persembahan akibat telah mengikat tali korset dengan kuat di pinggangnya.

2. Krinolin

Related image

Foto: Pinterest

Pada pertengahan tahun 1850, krinolin sangkar yang dihasilkan daripada tulang ikan paus mula diperkenalkan. Pada ketika itu, trend krinolin telah menjadi kegilaan wanita dan semua wanita akan memiliki pakaian ini. Kain dalam yang diperbuat daripada krinilon keras ini boleh memberikan ilusi pinggang kepada si pemakai. Namun, lebih 3000 orang telah maut akibat kebakaran krinolin. Uish, bahaya ni!

3. Ubat titik mata Belladonna

fesyen pakaian trend yang membunuh menyebabkan kematian ubat titik belladonna

Foto: Iluminasi

Ketika wanita negara lain sibuk menghias mata dengan menggunakan celak, namun tidak untuk wanita-wanita Renainsance Itali. Pada zaman itu, kaum wanita disana ramai menggunakan ubat titik Belladonna untuk membesarkan mata hitam mereka supaya kelihatan cantik dan galak. Hanya dengan menggunakan setitis sahaja mampu menjadikan mata seseorang itu bersinar dan memukau bagi sesiapa yang melihatnya. Tapi, Belladonna boleh memudaratkan sekiranya digunakan secara kerap. Kemungkinan untuk mengalami buta adalah tinggi.

4. Gaun Muslin

Related image

Foto: Pinterest

Lain pula pada abad ke 18. Trend fesyen terus bertukar secara drastik apabila kaum wanita tidak lagi memakai gaun secara berlebihan. Mereka lebih memilih untuk memakai gaun nipis yang diperbuat daripada kain simis (kain dalam wanita). Gaun Muslin menjadi pilihan wanita pada ketika itu tetapi fabrik ini sangat mudah terbakar. Akibat ingin dilihat seksi dan ingin menambah jarang pada pakaian, ramai wanita pada ketika itu diserang pheumonia dan mati akibat sentiasa memakai gaun yang basah.

Haa, seram kan bila tahu tentang perkara ni? Sebab itu berfesyen pun perlu berpada-pada tau. Tak salah nak mengikut trend semasa tetapi kalau dah sampai memudaratkan diri sendiri, better jangan teruskan okay? Jangan sesekali jadi mangsa fesyen tau !

Sumber: Iluminasi

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my