D-Life

Bukan terlalu manja, Lelaki ini buat kira-kira tunjuk kenapa gaji 3k tak cukup

Oleh  | 

ZAMAN 2020 ini, banyak benda yang berubah. Design kereta berubah, makanan viral berubah, fesyen tudung lain, lagu dekat radio tak sama, harga minyak berbeza, harga rumah naik, harga burger benjo lain dan termasuklah gaji anak-anak muda macam kita semua.

Bank Negara Malaysia ada cakap gaji minimum untuk bujang yang duduk dekat KL paling rendah seharusnya berjumlah RM2, 700 sebulan. Itu belum yang ingin berkeluarga tau. Namun begitu, tak semua syarikat mampu membayar RM2, 700 kepada pekerja mereka. Ada juga yang bernasib baik gaji sehingga RM3,000. Itu pun tak cukup. Betul ke generasi kita ni manja sangat sampai gaji RM3k masih tak cukup untuk menampung hidup zaman sekarang ini.

Baru-baru ini viral di Facebook seorang lelaki bernama IR Abdul Rahman memuat naik sebuah posting menceritakan pengalamannya terdengar perbualan warga pencen berbual sesama sendiri melabelkan budak zaman sekarang manja kerana masih mengeluh walaupun gaji mencecah 3k. Apa yang tak masuk akalnya apabila pakcik itu membandingkan kehidupan zaman sekarang dengan zaman 80 an. Adoi!

“Hairan aku dengan budak muda sekarang ni gaji dah RM3K pun mengeluh lagi. Aku dulu tahun 80an gaji RM1.5k je hidup juga. Dapat beli rumah teres, dapat pakai kereta Honda. Dapat juga makanan McDonalds. Budak-budak sekarang ni manja sangat!”

Malas nak bergaduh dengan pakcik itu, Abdul Rahman kemudian membuat sebdiri perbandingan kehidupan di zaman 80 an dengan hari ini di atas kerta berwarna merah jambu bertajuk Warkah untuk Pakcik.

Berikut adalah perbandingan yang dibuat beliau:

Tahun 1980an
Gaji: RM 1,500 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 13,000
Double Cheeseburger: RM2.95

Tahun 2020
Gaji: RM 3,000 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 108,000
Double Cheeseburger: RM9.45

Jom kita compare:

1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an:

RM 3,000 / RM 1,500

Result = Kenaikan 2x ganda

2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an

RM 280,000 / RM 25,000

Result = Kenaikan 11x ganda!!

3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an

RM 108,000 / RM 13,000

Result = Kenaikan 8.3x ganda!!

4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an

RM 9.45 / RM 2.95

Result = Kenaikan 3.2x ganda! Yes, nampak macam best. Nilai gaji naik 2 kali ganda. Tetapi, generasi hari ni.

• Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur, kena usaha 11 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.

• Kalau nak beli Honda Civic, kena usaha 8.3 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.

• Kalau nak makan Double Cheeseburger, kena usaha 3.2 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.

via GIPHY

Standard masa kerja tahun 80an dengan tahun 2020 sama je 8 jam, tak berubah-ubah, jadi kepada Pakcik tadi. Adakah ini bermaksud kami generasi muda,

• Kena kerja 88jam sehari (8 jam x 11 kali ganda) supaya kami dapat beli rumah teres setingkat?

• Kena kerja 66.4jam sehari (8 jam x 8.3 kali ganda) supaya kami dapat beli Honda Civic?

• Kena kerja 25.6jam sehari (8 jam x 3.2 kali ganda) supaya kami dapat makan Double Cheeseburger McD?

Macam mustahil je Pakcik. Setiap orang ada masa 24jam sahaja sehari. Ok lah pak cik, to be fair wife saya pun kerja. Saya ada 24jam, wife saya 24jam. So, keluarga saya ada 48 jam sehari.

Nak beli Honda Civic pun tak lepas lah pak cik sebab nak beli Honda Civic kena kerja 66.4jam sehari! Lepas tu mesti pak cik cakap, “Dah tau tak mampu. Kenapa nak beli rumah teres? Kenapa nak pakai Honda Civic?” Baik Pakcik.. Saya ubah lifestyle saya.

RUMAH

Tak mampu beli rumah landed macam pak cik, beli PPR je lah. RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu pak cik beli rumah teres RM25,000 kan?

So,
RM 35,000 / RM 25,000
Result = Kenaikan 1.4x ganda

KERETA

Pakai Axia second hand je lah RM 25,000. Dulu pak cik pakai Honda Civic harganya RM13,000 kan?

So,
RM 25,000 / RM 13,000

Result = Kenaikan 1.9 kali ganda

via GIPHY

McD? 

Tak payah makan lah sebab tak mampu.

Amacam? Korang rasa betul tak? Hidup di zaman yang berlainan, cabaran pun berlainan. Kalau gaji tak seberapa, kita pun amalkanlah gaya hidup yang boleh ikut jumlah duit dalam dompet. Nak bermewah sangat pun tak boleh. Kalau pakcik tu baca kira-kira yang Abdul Rahman ni buat, agak-agak terciduk tak dia?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my