Serious?!

Buli di Pusat Tahfiz: Pelajar bongkar mulut disumbat tahi kucing, disimbah air panas

Oleh  | 

KES buli memang benda yang tak boleh dimaafkan langsung kerana boleh menyebabkan trauma, dan kesan psikologi yang besar kepada mangsa. Buli ini boleh berlaku dekat mana-mana sahaja termasuklah di madrasah atau pusat tahfiz yang sepatutnya menjadikan manusia berakhlak baik yang mendekatkan manusia dengan Tuhan macam Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiah ini.

Terbongkar sudah kejadian ngeri dekat Pusat Tahfiz apabila seorang pelajar Muhammad Al Yusof Muhaimin yang baru berusia 13 tahun menerima rawatan di ICU selama 10 hari apabila anggota badannya melecur disimbah air panas.

Kejadian itu berlaku semasa dia sedang tidur pukul 4 pagi. Sebenarnya itu bukan kali pertama dia menerima layanan buruk daripada penghuni di tahfiz itu. Awal tahun ini dia pernah ditumbuk. Bukan itu sahaja, mulutnya pernah disumbat pula dengan tahi kucing.

“Dulu masa bulan tiga, kami pernah bergaduh. Dia suka kacau saya, jadi saya mampu ejek dia sebab nak lawan balik tak boleh, dia kuat.

“Petang Isnin lepas Asar, dia panggil saya pergi tingkat bawah asrama. Lepas itu dia tumbuk muka saya. Kat tingkat bawah ni memang selalu ada kucing berak. Dia ambil tahi kucing, lepas itu sumbat dalam mulut saya.

Pagi Rabu waktu tengah tidur, tiba-tiba ada orang tumbuk. Lepas itu, saya terkejut sebab kena simbah air panas, katanya.

Sebelum ini, Yusof pernah cuba untuk melarikan diri daripada Pusat Tahfiz itu akibat tidak tahan dibuli. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memberitahu pengetua mengenai isu ini dan menghubungi ibu bapanya namun mereka tidak hadir pada hari itu.

Keluarga pelaku ada menawarkan RM3,000 untuk ganti rugi namun ibu kepada Yusof menuntut keadilan melalui perbicaraan di mahkamah.

Dalam pada itu, pengetua pusat tahfiz tersebut, Muhammad Zahid Mahmod dalam kenyataannya sebelum ini menafikan bahawa isu tersebut adalah kes buli tetapi hanya sekadar isu salah faham antara dua orang pelajar.

Tak pasti apa agaknya penghujung kes ini. Namun apa yang jelas ialah kes buli dalam kalangan murid di sekolah perlu dihentikan.

Sumber: Sinar Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my