Serious?!

Bunga Citra Lestari membuat persembahan nyanyian buat pertama kali selepas pemergian Ashraf Sinclair

Oleh  | 

LEBIH KURANG 10 hari selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari tampik ketabahan dan membuat persembahan nyanyian di khalayak ramai.

Penyanyi terkenal Indonesia itu memberikan persembahan di dua tempat terbuka Friday Fusion, SQ Quater Dome pada 28 Februari dan persembahan sebagai artis jemputan di sebuah konsert penyanyi Irish, Ronan Keating’s Valentine Concert di Pullman Jakarta Central Park pada keesokkan harinya.

Video sebak Bunga ketika melakukan persembahan tular di social media apabila mendapat simpati daripada pelbagai pihak.

Bunga dikatakan cuba menahan kesedihan ketika menyanyikan lagu Cinta Sejati dan Tentang Kamu. Menurut sumber, Bunga menyatakan beliau tidak menyangka akan kehilangan cinta sejatinya begitu cepat dan berharap sesiapa yang mendengar lagu Cinta Sejati akan menjadi peringatan kepada orang lain agar mereka hargai orang yang tersayang.

Di samping itu, lagu Tentang Kamu menceritakan adakah seseorang yang disayangi mempunyai perasaan yang sama di awal perhubungan percintaan. Lagu tersebut mengembalikan banyak memori bahagia yang dilaluinya ketika bercinta dengan arwah suaminya, Ashraf.

Bukan itu sahaja, Ronan Keating juga turut bersimpati dengan keadaan Bunga dan menyanyikan sebuah lagu untuknya yang bertajuk If Tomorrow Never Comes.

Semoga Bunga tabah menghadapi ujian ini dan terus kekal kuat bersama anaknya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my