D-Life

‘Campak balik’ benda-benda ‘legend’ untuk korang yang lahir tahun 90-an!

Oleh  | 

KALAU bercerita tentang zaman kanak-kanak dan zaman remaja dulu, Dhia yakin mesti banyak perkara yang terlintas dalam kepala korang. Zaman-zaman inilah yang banyak mengajar kita mengenal kehidupan lebih-lebih lagi teknologi pada ketika itu tak sehebat sekarang ini betul tak?

Banyak perkara yang kita lalui dahulu tidak dapat dirasai oleh kanak-kanak milenia kini. Dhia yakin kalau dapat putarkan masa korang mesti nak kembali pada zaman dulu kan? Zaman dimana kita tak perlu nak fikir apa-apa. Tak perlu fikir nak bayar komitmen atau mencari kerja.

Sempena World Legend Day yang jatuh pada hari ini, Dhia nak ajak korang ‘campak balik’ perkara-perkara yang kita pernah lalui dan ada pada zaman muda dulu. Wah, tiba-tiba terasa tua pula. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain tak gitu?

Korang masih ingat lagi jajan yang korang pernah makan dulu? Terlalu banyak untuk disenaraikan. Dulu selepas balik dari sekolah mesti kita akan beli jajan sambil tunggu ibu bapa atau pakcik van datang ambil. Bila ingat balik jadi rindu pula. Lepas tu kena marah dengan ibu sebab makan jajan banyak sangat. Korang mesti pernah lalui juga kan?

Dulu.

Image result for dindang dan tora

Permainan ketika kita kanak-kanak dulu tak kurang hebatnya. Tak perlu modal yang besar pun untuk bergembira pada masa dulu. Cukuplah berbekalkan 20 sen, 50 sen untuk beli permainan seperti Ding Dang dan Tora. Dengan menggunakan kotak terpakai sahaja pun boleh hasilkan permainan seperti bola kertas. Kadang kala setiap petang mesti main game baling selipar dan galah panjang kan? Untuk kita yang gadis-gadis ni tipu lah kalau tak pernah main patung kertas. Legend sangat mainan tu!

Image from ohcikgu.com

Image result for patung kertas

Bila dah meningkat remaja, keadaan pun semakin berubah selari dengan teknologi. Ingat lagi pada zaman awal telefon nokia diperkenalkan. Waktu tu siapa yang mempunyai telefon nokia kira dah cukup hebat. Telefon nokia ni kira legend juga la. Dapat main game snake dalam telefon tu pun dah seronok. Zaman tu beli prepaid topup semata-mata nak hantar pesanan ringkas dan buat panggilan je kan? Comel je.

Image result for nokia 3310

Image result for public phone

Ha, part yang ni memang tipu lah 90s baby tak pernah buat dan ada. Korang ingat lagi tak Yahoo Messenger? Myspace? Friendster? Dhia paling rindukan zaman ni sebenarnya. Waktu ni semua orang gunakan media sosial dengan baik. Waktu tu tak ada pun kita dengar orang nak menjatuhkan antara satu sama lain, tularkan perkara yang tak sepatutnya dan nak bersaing siapa paling cantik dan paling hebat. Waktu tu cuma fikir nak cantikkan profile myspace dan berkongsi gambar-gambar dengan kawan-kawan je. Mesti best kalau vibe dulu masih ada sekarang ni kan? Tak ada lah manusia saling membenci dan dengki antara satu sama lain.

Image result for myspace

Image result for yahoo messenger

Ini memang legend habis. Korang mesti ingat majalah-majalah yang kita pernah baca waktu kita remaja dulu kan? Dulu Dhia suka baca majalah Ujang dan Mastika. Sayangnya majalah-majalah ni dah tiada waktu ni. Untuk hiburan pula tipu lah korang tak pernah baca majalah Mangga kan? Majalah tu memang legend. Part yang paling best bila dapat tampal poster-poster artis yang ada dalam majalah tu betul tak?

Image result for majalah ujang

Image result for majalah mastika

Related image

Zaman kanak-kanak dan zaman remaja merupakan zaman yang kita tak boleh lupa sampai bila-bila. Lagi-lagi banyak perkara dan benda yang ada pada masa dulu semakin hilang selari dengan peredaran masa. Andai boleh putarkan masa nak sangat kembali ke zaman tu.

Team Dhia nak ucapkan Happy Legend Day kepada korang. Agak-agak apa lagi perkara legend yang korang ingat sampai sekarang?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my