Dhiaventure

Cantik, Ini port wajib OOTD kalau korang ke Jeju Island!

Oleh  | 

KALAU korang peminat cerita Korea, mesti korang dah tahu betapa cantiknya Jeju Island ini dirakamkan dalam filem dan drama mereka. Rupanya, keindahan Pulau Jeju ini tidak hanya dalam skrin tau. Depan mata pun cantik. Jadi, tidak hairanlah jika ia tersenarai dalam ‘7 Wonders of Nature’.

Bagi korang yang ingin pertama kali ke Pulau Jeju, jangan lepaskan peluang untk merakam foto-foto bersama-sama kawan sepanjang berada di sana. Sesuailah dengan jolokan pulau ini yang dikatakan destinasi friendly untuk dijelajah bersama-sama kawan dan keluarga.

Jadi, dalam artikel ini, sis nak kongsikan antara tempat yang sangat Instagramable  dan sudah pastinya sangat indah bila dimuatnaik di lama sosial nanti. Baca sampai habis, tau!

Hueree Park

Kalau korang nak tau, Huaree Park adalah sebuah taman bunga juga  yang sangat cantik di Pulau Jeju. Apa yang menarik di sini ialagterdapat tanaman tangerine yang sememangnya popular di jeju. Dekat sini, korang bolehlah merasai pengalaman memetik sendiri buah limau. Mereka akan ajar korang cara petik buah dengan betul dan korang boleh bawa pulang buah yang korang petik itu.

Baca juga: Jom ke Jeju! 4 tempat makan halal di Pulau Jeju, Korea Selatan

Seongsan ilchulbong

Ia juga dikenali sebagai sunrise peak. Boleh dikatakan antara  destinasi wajib dikunjungi untuk korang yang melancong ke Jeju. Sebenarnya ia merupakan tapak hakisan gunung berapi selama lebih 5000 tahun dahulu. Tapi korang kena mendaki sikit. Pendakian lebih kurang 25 minit  ternyata namun sangat berbaloi dengan pemandangan indah.

 

Yellow café

Korang mesti dah tahu yang Korea yang terkenal dengan susu pisang atau banana uyu. Terletak  berhadapan dengan Kpop museum, Yellow cafe mempunyai dekorasi menarik berkonsepkan warna kuning. Menu yang disediakan juga menarik berkonsepkan pisang dan mereka ada jual cenderahati juga.

 Jusangjeolli cliff

Pemandangan dekat sini sangat istimewa  menghadap laut biru jeju. Struktur unik batuan berbentuk hexagon terhasil daripada larva gunung berapi Hallasan yang meletus suatu ketika dahulu. Larva yang panas menyentuh air laut yang sejuk keras dan membeku membentuk hexagon. Ha! sambil melihat pemandangan laut, wajib cuba makanan gerai yang dijual

Ha, macam mana? best, kan? jangan lupa untuk tag kitorang kalau korang pergi tempat yang sis cadangkan ini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my