Be-You-Ty

Cantik? “Just have to be confident” – Haneesya Hanee

Oleh  | 

BIASANYA kalau nak dapat title ‘cantik’, seseorang itu mesti kena ada pakej seperti tinggi, ramping dan kulit cerah.

Itulah ciri-ciri cantik yang disuapkan ke dalam kepala masyarakat. Kalau tak cukup ciri-ciri ini, maka korang tidak cukup ‘cantik’. Sempena Hari Wanita Sedunia, jom kita dengar pengalaman Haneesya Hanee dalam memahami apa itu cantik?

Menjadi seorang model yang berkulit gelap tidak pernah menjadikan Haneesya Hanee berkecil hati. Setiap hentaman dan kecaman yang diterimanya kerana warna kulit tidak membuatkan gadis berusia 19 tahun ini berputus asa.

FOTO: Haneesya Hanee

“Kalau dark skin tak cantik. Korang tengoklah macam Beyonce, Tyra Banks, Naomi Campbell dan ramai lagi. Mereka boleh shine themselves dan bangga dengan diri diorang sendiri.

“Maksudnya, we just have to be confident dan bersyukur dilahirkan begini,” katanya.

Cantik

Selain itu, model hitam manis ini juga tidak pernah meletakkan kecantikkan kepada perkara yang tidak kekal seperti outfit atau make up

“Cantik bagi saya ialah ketika perempuan boleh yakin dengan dirinya sendiri,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran ANAS cosmetic di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

FOTO: Instagram Haneesya Hanee

Warna-warna pilihan

Haneesya turut berkongsi jenis make up kesukaannya untuk kelihatan on point.

“Saya ikut mood. Kadang-kadang I will go daring, jadi saya akan pakai gincu hitam dan merah. Walaupun kulit gelap, kita boleh pakai apa sahaja. Kuning? It’s not a problem.

FOTO: Instagram Haneesya Hanee

“Namun, untuk nampak lebih natural. Saya akan gunakan warna-warna yang lembut macam soft brown. Kadang saya akan pakai gincu yang nude brown. Ia adalah antara warna kegemaran saya.

FOTO: Instagram Haneesya Hanee

Terdahulu, Haneesya pernah memasuki sebuah pertandingan pencarian bakat. Sejak hari itu, namanya sudah semakin dikenali dan pengikut di laman Instagramnya meningkat secara mendadak.

Beliau juga pernah menyarung busana pereka fesyen terkenal tanah air seperti Hatta Dolmat.

FOTO: Apa yang Haneesya Hanee ajar tentang ‘list close friends’ di ‘Instagram’?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my