Oh-Oh-Tee-Dee

Cantik ke tidak? jom tengok OOTD paling stylish dekat SAG Awards

Oleh  | 

SALAH satu majlis untuk menghargai industri filem antarabangsa Screen Actors Guild Awards 2020 telah berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat beberapa hari lalu. Jadi ramailah individu berpengaruh dan berbakat dalam bidang perfileman hadir memeriahkan majlis anugerah itu.

Kalau bercakap tentang majlis anugerah, sudah tentu orang akan memandang apakah fesyen dan gaya terkini yang disarung artis dan selebriti bagi menghiasai acara karpet merah. Jom kita tengok beberapa OOTD artis yang sis rasakan menyerlah!

Onz sangat bila Joey Kinng menyarungkan dress sparkle dress dengan spaghetti straps.  Ia diserikan lagi dengan long earrings dan smokey makeup. 

Nicole Kidman memilih sequin dress warna navy blue dengan ruffles. Nampak sangat glamor!

Lupita Nyong nampak menyerlah dengan warna vintage dengan strapless dress bermotifkan floral yang monokrom.

Jennifer Lopez tak pernah tak cantik. Kali ini dia mengenakan bodycon dress hitam dengan riben besar di belakang.

Jennifer Garner berjaya mencuri perhatian dengan spaghetti straps merah. Walaupun simple tapi tetap eye catching

Dakota Fanning menyarungkan sequin dress warna silver dengan potongan low cut. Dress panjang pula menampakkan dia begitu anggun

Ha, amacam? Dress mana satu pilihan korang?

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my