Deko

Cantiknya trend hiasan kek di Korea sekarang!

Oleh  | 

IDEA BARU! selain daripada kek popular di wedding Aiman dan juga Zahirah, ada lagi jenis kek yang menjadi trend serta mempunyai idea deko kek yang baru.

Kalau korang memang pandai buat kek, ha boleh lah korang cuba deko kek ini. Kalau kita tengok sendiri pun ia bukanlah merupakan hiasan yang merumitkan.

Beberapa gabungan warna dicampurkan dalam whipped cream dan di sampukan pada kek yang mempunyai base putih. Hasilnya, simple dan cantik sangat!

Yang pertama

Sumber: Wanista

Dua kek ini kalau kita dapat lihat, mempunyai satu warna namun tona yang berbeza seperti dari pekat sehingga cair. Cantik!  Yang belah kiri pula gabungan dua warna iaitu pink flamingo cair serta soft yellow. Comel sangat.

Kedua 

Yang ini pula terdapat beberapa warna yang agak kuat namun kombinasinya menjadikan kek itu cantik dan elegan!

Sumber: Wanista

Ketiga

Selain dari itu, kek yang ini juga turut mempunyai kombinasi warna yang cantik dan kalau kita dapat lihat, ada penambahan tulisan dan tidak semestinya tulisan ‘happy birthday‘ atau ‘happy anniversary’!

Sumber: Wanista

Keempat

Yang ini pula mungkin sesuai untuk pasangan lelaki atau kawan-kawan lelaki. Ini disebabkan watrna biru sering digemari oleh kaum lelaki. sedap mata memandang, sedap juga dimakan!

Sumber: Wanista

Kelima

Ha! Yang ini senang sangat la korang boleh buat hanya ikut kombinasi campuran warna, dan tulisan apa yang korang nak tulis atas kek tu. CANTIK BETUL!

Sumber: Wanista

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my