D-Life

Cara goreng telur yang bukan biasa-biasa. Wajib cuba!

Oleh  | 

MAKAN nasi putih dengan telur mata bersama kicap pun boleh bertambah nasi tau. Yela ada masa kita sibuk dan tak sempat nak masak masakan lain, telur adalah penyelamat utama sebab itulah masakan paling cepat dan ringkas untuk disediakan.

via GIPHY

Saya berlegar-legar di laman Flipboard, dan saya jumpa beberapa tip mudah menggoreng telur dengan cara yang ‘bukan biasa-biasa’ supaya dapat menjadikan telur goreng kamu lebih sedap dan berkhasiat dalam masa yang sama.

Salah satu yang saya temukan – paling ringkas – ialah dengan meletakkan sedikit daun herba seperti daun sage pada bahagian putih telur, seperti yang diperkenalkan oleh Melissa Clark dalam buku resepinya Dinner: Changing The Game.

Alternatif lain, Melissa juga mencadangkan daun kari atau daun basil bagi menggantikan daun sage.

FOTO: James Ransom

Antara resepi lain yang dikongsikan juga ialah dengan menambahkan serbuk paprika bersama dengan telur untuk menambahkan efek rasa wow.

Selain itu, kamu juga boleh menambah daun bawang atau daun ketumbar untuk menambahkan rasa dan warna dalam telur goreng kamu.

Antara tips lain juga adalah dengan menambahkan tomato cincang, perasan lemon dan biskut cracker hancur. Kamu boleh cuba mana-mana bahan ini atau kombinasi ketiga-tiganya, telur goreng kamu pasti luar biasa.

Cubalah!

Sumber: Bon Appetit

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my