D-Life

Cara Hilangkan gatal hidung dengan pantas

Oleh  | 

PERNAH tak korang bangun pagi tiba-tiba je korang rasa hidung gatal sampai naik rimas! Bila kena gatal hidung ni kadang-kadang sampaikan tak boleh nak focus buat kerja macam sis focus tengah menulis untuk korang ni.

Biasanya gatal hidung ni ada kaitan dengan resdung. Pada peringkat awal, biasanya boleh kawal lagi dengan menjaga cara permakanan dan mungkin korang boleh elakkan diri daripada makan makanan yang boleh trigger korang punya allergic reaction tu.

Lebih elok lagi bila korang tukar cara permakanan dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan.

Hyrdation

Yes! staying hydrated bukan sahaja dapat membantu korang untuk lebih bertenaga dan melawan lesu, instead, dapat bantu mendorong lebihan lendir untuk keluar. Korang sehabis baik cuba elakkan minum minuman yang bekafein, manis, dan elakkan diri daripada tempat-tempat yang berhabuk atau berasap.

 Sedut Wap Air Panas

Sedut wap air panas ni bukan setakat dapat merawat kulit, malah dapat membantu melegakan kegatalan hidung. Apa yang korang boleh buat adalah, ambil air rebus yang masih menggelegak panas sebanyak segayung dan campurkan dengan sedikit garam. Tekup kepala dengan tuala dan pastikan kepala anda menghadap wap air panas tadi. Next, korang boleh sedut wap panas tu selama 15 minit. Lakukan rutin ini sebanyak 3 kali sehari.

‘Aloe vera’ 

Selain daripada merawat rambut, korang boleh gunakan lidah buaya untuk merawat penyakit sinus juga. Caranya senang je, korang rebus je korang rebus aloe vera dan minum lah air rebusan itu secara teratur.

Kombinasi Limau Nipis & Daun Pandan

Mengikut cara tradisional, korang perlukan 8 biji buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiriskan daun pandan secara halus dan perahkan limau nipis tadi. Campurkan keduanya dan tapiskan sehingga ia mengeluarkan air yang kehijauan. Basuhkan air tersebut pada wajah dan repeat this step setiap 3 jam sekali.

‘Apple Cider’ dan Madu

Campurkan tiga sudu apple cider ke dalam secawan air panas atau teh panas. Tambahkan sedikit limau dan madu secukupnya. Untuk hasil yang baik, korang boleh minum sebanyak tiga kali sehari.

Sebenarnya ada banyak lagi tips yang korang boleh pakai untuk membantu masalah allergic korang ni. Sis kongsikan top 5 dan semoga dapat membantu!

Sumber:Pesan Bonda

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my