Diri Dhia

Cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat

Oleh  | 

“ADUH! sakitnya kepala!” korang pernah tak tiba-tiba bangun pagi, rasa sakit kepala yang berpanjangan sampaikan nak buat kerja pun susah? Lagi teruk bila kena tengah waktu kerja, meeting atau tengah study. Ish disturbing betul!  Nak jadikan keadaan lagi teruk, bila korang tak ada ubat nak makan dan disebabkan korang busy dengan kerja lah, meeting lah atau study, sampai tak sempat la nak beli ubat. Ni kan lagi pergi klinik. Kadang-kadang tu, nak take 5 kejap pun rasa macam dah bazir masa takut kerja tak siap. So apa korang boleh buat? Baca dan amalkan 5 cara yang sis bagi dekat korang .

Limau Kasturi 

Perahkan limau dikulit kepala, lepas tu cuba urut bahagian kepala yang terasa sakit atau berdenyut tu sampai rasa lega. Korag jangan peel kulit limau tu, just perahkan limau tu di atas kepala. Kulit tu korang jangan buang tau, letakkan dalam mangkuk yang berisi air. Lepas habis urut, Korang ambil air tu dan jiruskan atas kepala. Tips ni boleh sesuai untuk korang cuba dekat rumah.

Urut Bahagian Kepala Menggunakan Minyak Panas

Langkah yang  ni korang boleh lah cuba dekat tempat kerja atau mana yang sesuai. Agak convenient langkahnya. Apa yang korang perlu dapatkan hanyalah minyak panas atau minyak angin. Cuba urutkan pada bahagian belakang tengkuk dan kepala. Korang bolehlah mintak tolong kawan-kawan sekeliling untuk urutkan sekejap. Bagi yang bertudung cari surau okay?

Ais 

Selain dari itu, korang boleh gunakan pack of ice dan letakkan diatas bahagian kepala. You girls can try other initiative kalau tak ada pack ais. Korang boleh gunakan tuala yang kecil dan balutkan ais dengan tuala tersebut dan letakkan pada bahagian yang sakit.

No MSG 

Next, ada pentingnya juga untuk jaga permakanan yang sihat.Ramai yang tak tahu bahawa MSG ni boleh mendatangkkan sakit kepala. Hal ini disebabkan MSG mengandungi asid glutamik. Bahan ni boleh meransangkan sel neuron yang boleh mendatangkan sakit kepala. So, kurangkan pengambilan MSG atau bahan sodium. Senang cerita, kurangkan makan makanan yang masin.

Rehat

Lastly, tips yang paling obvious. Setiap manusia perlukan rehat yang cukup. Bila minda tak dapat rehat yang cukup bukan setakat sakit kepala je korang dapat. In fact, akan menjemput penyakit-penyakit kronik yang lain juga! So cuba sedaya upaya untuk dapatkan rehat yang cukup. Tidur yang cukup adalah amat penting terhadap mental dan fizikal tau. Barulah boleh perform!

Sumber: FMT

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my