Diri Dhia

Cara terbaik nak tegur ‘member’ ketiak berbau

Oleh  | 

SIS bukan nak cakap apa, member memanglah member. Tapi kalau ketiak berbau pun boleh buat kita tak tenteram dan pening seharian. Oleh sebab yang mempunyai masalah ketiak berbau ini adalah kawan kita, mestilah kita harus menegurnya dengan cara yang paling sopan agar dia tidak terasa hati.

Sebenarnya normal tau untuk kita menegur seseorang jika kita sudah cukup rapat dengannya. Ini sangat berbeza jika kita harus menegur seseorang yang tidak begitu kita kenali dan rapat. Ini disokong oleh pakar psikologi Tara de Thouars.

via GIPHY

“Kalau hubungan sudah cukup rapat,  kita akan lebih terbuka untuk menegurnya sebagai tanda kita sangat prihatin kepadanya,”

Tapi menegur pun ada caranya tau. Kalau tiba-tiba kita terus cakap “bau badan kau ni busuk sangatlah,” 

Ha, ayat macam ni memang boleh mengguris perasaan dan mengundang respon yang kurang baik daripada kawan kita seperti marah dan kecil hati. Mana taknya, terkejut la kawan kita bila kita cakap kasar macam tu.

via GIPHY

Jadi, ini ada sedikit tips yang dikongsikan Tara untuk menegur kawan kita yang ketiaknya agak berbau. Ia mestilah dimulakan dengan ayat pembukaan macam ni,

“Aku sebenarnya care tau pasal kau, aku nak kau happy. Sebab ia akan buat aku happy juga,”

Ha lepas tu korang sarankanlah produk deodoran yang bagus.

“Ha, apa kata kau cuba ni. Bagus tau,”

Tada! confirm cara ini akan buatkan kawan korang sayang lebih dekat korang. Bukan sahaja korang cakap elok-elok, tapi korang pun bagi cara penyelesaian untuk membantunya. Ini barulah kawan sejati!

via GIPHY

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my