Dhia Glam

Celine Dion, ikon fesyen sepanjang zaman

Oleh  | 

SIAPA je yang tak kenal pemilik bagi lagu My Heart Will Go On yang pernah menjadi fenomena kepada seluruh dunia ini? 

Walaupun sudah hampir 30 tahun bergiat aktif dalam bidang nyanyian, tetapi namanya masih lagi revelan sehingga kini. Begitu juga dengan fesyen yang sering digayakan oleh Celine Dion tidak pernah ditelan dek zaman!

Jadi, kali ini sis nak kongsi dengan korang semua antara fesyen paling ONZ dari Celine Dion.

Dress Kulit Kuning dari Dior 

Celine Dion selesa menyarungkan dress kulit dari Dior, walaupun kelihatan berat tapi Celine Dion really pulled out that look!

Heart of The Ocean

Ketika berada di Kota Paris, Celine Dion dilihat memakai rantai berlian berbuahkan hati bewarna biru sama betul macam rantai milik Rose dalam cerita Titanic. Ikoniknya!

Matchy-matchy!

Tak semua orang boleh tampak cantik kalau pakai sedondon dari kasut, baju dan bag. Tapi Celine Dion ternyata fesyen matching from head to toe adalah relevan!

Baggy Jeans

Ya! tak semua orang suka pakai baggy jeans berbanding skinny jeans. Betul tak? Tapi Celine Dion pakai tampak so fashionable!

Putih itu Seksi!

Jarang kita nampak selebriti manyarungkan busana berwarna putih di acara karpet merah tapi Celine Dion berani memakai busana serba putih dan kelihatan sangat cantik. 


Betul tak sis cakap semua  fesyen yang Celine Dion peragakan semuanya cantik-cantik belaka? So, lepas ni boleh lah dijadikan contoh untuk gadis-gasis diluar sana. Ingat! Umur tidak membataskan kita untuk berfesyen!

 

Penulis: Gee Muhamad

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my