Serious?!

Cepat! 4 cara merawat gigi berlubang sebelum parah

Oleh  | 

GIGI berlubang merupakan masalah yang paling paling biasa di Malaysia. Masalah ini menyerang individu tanpa mengira usia! Kadang-kadang masalah ni sampaikan membawa kesakitan yang melampau. Sampaikan ada yang tak boleh tidur disebabkan sakitnya gigi berlubang.

Golongan muda adalah tidak terkecuali dengan masalah gigi berlubang ni. Kalau masa belum matang dulu, hilang gigi tu biasa lah tak rasa sangat. Tapi bila dah tiba masa gigi yang betul dah tumbuh, kalau tak jaga, habis lah. Tak pasal-pasal muda lagi dah kena pakai gigi palsu.

Penjagaan gigi ni adalah amat penting ya rakan-rakan semua. Jadi, untuk membantu korang semua daripada memakai gigi palsu diusia muda, meh sini sis kongsikan dengan korang tips-tips merawat gigi yang berlubang, take note cepat before terlambat guys!

Penjagaan gigi ni adalah amat penting ya rakan-rakan semua. Jadi, untuk membantu korang semua daripada memakai gigi palsu diusia muda, meh sini sis kongsikan dengan korang tips-tips merawat gigi yang berlubang, take note cepat before terlambat guys!

Banyakkan makan makanan yang mengandungi vitamin D

Supplement mineral adalah amat penting dalam mengekalkan kesihatan gigi dan gusi. Makanan yang mengandungi vitamin D dapat membantu menyerapkan kalsium pada tulang termasuk gigi. Antara makanan yang mengandungi vitamin D adalah ikan seperti Salmon,sardin, tuna dan trout.

Elakkan Makanan yang mereputkan gigi!

Sebenarnya terdapat banyak makanan yang menyumbang kepada masalah gigi yang berlubang. Antara penyumbang yang paling tersebar adalah, makanan yang manis dan bergula. Jadi korang kena elakkan atau kurangkan pengambilan makanan yang manis. Makanan yang manis sebenarnya adalah punca bakteria terkumpul dalam mulut dan mengandungi bahan yang boleh menurunkan kesihatan gigi.

Banyakkan makan makanan yang bernutrisi tinggi

Makan yang bernutrisi tinggi dapat membantu menguatkan gigi serta dapat mencegah kerosakkan pada gigi, Untuk kesihatan gigi yang berterusan, korang wajib consume makanan hijau seperti sayur-sayuran,avokado dan buah-buahan. Bukan itu sahaja, korang boleh juga makan makanan seperti keju yang kaya dengan protein dan kalsium.

Melakukan pemeriksaan doktor gigi mengikut waktu

Kebanyakkan rakyat Malaysia, especially golongan muda, tidak menyedari betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan gigi mahupun berlubang atau tidak. Rutin pemeriksaan gigi adalah satu rutin yang penting untuk menjamin kesihatan bukan hanya pada gigi, malah pada gusi juga.

Pastikan korang memberus gigi sebelum tidur untuk memastikan tiada bakteria yang akan menyebabkan gigi korang cepat mereput dan berlubang!

 

Sumber:Liputan6

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my