D-Life

Ceriakan ruang kerja dengan terrarium dalam 6 langkah

Oleh  | 

TERRARIUM pilihan popular untuk kamu yang ingin menanam tumbuhan tetapi tidak mempunyai ruang yang besar. Tumbuhan ini ditanam dalam balang kaca, dan memerlukan perhatian yang sangat minimal – kamu tidak perlu membaja atau menyiramnya secara kerap.

Kamu boleh meletakkannya di mana-mana sahaja yang kamu suka; di ruangan kerja, meja makan, rak buku atau mana-mana ruang lain yang terbatas. Terrarium sedikit sebanyak dapat menceriakan ruang tersebut.

via GIPHY

Berikut ialah bahan yang kamu perlukan untuk menghasilkannya:

  • Balang kaca (boleh pelbagai bentuk)
  • Batuan kecil (kerikil, guli dan sebagainya)
  • Sphagnum atau lembaran lumut
  • Sedikit tanah
  • Tumbuhan yang tidak tumbuh menjadi besar
  • Perlatan asas menanam

Bagaimana menghasilkan terrarium?

 

  1. Pilih bekas kaca yang bersesuaian. Kamu boleh gunakan semula bekas jam, botol kaca dan sebagainya (think green!). Sebaiknya, pilih gelas kaca yang jernih dan tidak berwarna. Pilih juga bekas kaca yang mempunyai bukaan yang luas, supaya dapat membantu pengudaraan nanti.
  1. Letakkan batuan kecil ke dalam bekas kaca. Lapisan batuan kecil ini akan membantu pengaliran lembapan yang akan terkumpul di dalam bekas kaca. Jika kamu menggunakan batuan yang kecil, elok juga sekiranya kamu nipiskan lapisan batuan tersebut.
  1. Rendamkan sphagnum kering atau lembaran lumut di dalam air untuk beberapa saat dan perahkan cecair yang berlebihan. Penuhkan lembaran lumut tersebut di atas lapisan batuan yang kamu buat sebelumnya.

FOTO: EcoPonics

  1. Letakkan sedikit demi sedikit tanah ke dalam gelas kaca. Lapiskan untuk beberapa inci di atas lapisan lumut. Jenis tanah yang kamu gunakan bergantung kepada tumbuhan yang akan kamu tanam.
  1. Tanam tumbuhan kamu. Sebelum kamu tanam tumbuhan comel ke dalam tanah yang sudah kamu lapiskan tadi, pastikan kamu cantas terlebih dahulu bahagian-bahagian yang perlu supaya membentuk bentuk yang tertentu.
  1. Renjiskan sedikit air pada tumbuhan yang kamu tanam bagi mengelakkan transplant shock pada terrarium. Perlu diingatkan bahawa terrarium tidak memerlukan siraman air yang banyak. Renjis atau sembur hanya sekadar untuk menyegarkan sahaja terrarium anda.

Sumber: Popular Mechanic

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my