Serious?!

Cerita Puasa Artis : Kantoi perangai sebenar Andi Bernadee suka kacau anak dara orang!

Oleh  | 

SETELAH hampir lima tahun mencuba nasib di dalam industri, penyanyi Andi Bernadee yang mula meledak namanya melalui lagu Satu Peluang kini boleh berbangga apabila lagunya selalu diputarkan di radio dan mendapat perhatian ramai.

Tidak hanya itu, momentum pemilik nama Andi Azrul Andi Mapangile terus menggila apabila lagu terbaharunya bertajuk Donde mencatatkan 6 juta tontonan di Youtube sejak ia dilancarkan April lalu.

Berjaya di puncak karier, membuatkan jadual Andi sangat panat dipenuhi undangan berbuka dan aktiviti nyanyian. Namun, tidak dinafikan anak kelahiran Sabah ini sesekali merindui zaman berpuasa di kampung bersama-sama keluarga.

“Saya nakal waktu kecil dulu. Main guli, berlari-lari dan kacau anak dara kampung. Tapi sekarang dah insaf. Antara kenangan yang paling dirindui ialah main meriam buluh lepas tarawih dekat Sabah.

“Dekat kampung dulu, kami ada geng. Kami akan bawa meriam buluh masing-masing lepas tu berlawan dengan rumah seberang,” ceritanya sambil ketawa.

Namun, apabila sudah dewasa dan bergelar artis, Andi mengakui sukar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Namun itu semua tidak menghalang dirinya untuk membuat persiapan raya.

“Walaupun saya sibuk tapi saya dah rancang awal-awal. Saya dah ambil cuti seminggu pada awal puasa untuk siapkan baju raya untuk satu keluarga. Tahun ini saya ada lapan pasang baju raya. Itupun belum campur kurta,” ceritanya semasa ditemui di majlis pelancaran muzik video Seloka Hari Raya.

Bercakap tentang perancangannya selepas ini, Andi akan lebih mempergiatkan promosi untuk lagu Donde selepas lebaran nanti. Katanya, akan ada buah tangan terbaru hujung tahun ini. Alamak! Tak sabar sis nak tunggu.

Apapun, all the best untuk kerjaya Andi. Korang balik raya nanti jangan kacau anak dara orang pula. Tak fasal-fasal beraya dekat hospital nanti. Hiks

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my