Serious?!

Cerita Raya Artis : Aizat Amdan seronok beraya dengan warga asing

Oleh  | 

HARI raya sudah pun menjelma. Dhia yakin korang semua mesti cantik-cantik belaka dengan baju baru, ber makeup bagai. Sedondon je satu keluarga. Aww meriahnyaa. Dah nama pun raya so tidak kira tua muda orang biasa mahupun golongan selebriti tidak terkecuali untuk merasakan kemeriahan ini.

Bercerita tentang suasana raya di bandar, penyanyi dan juga komposer terkenal Aizat Amdan telah berkongsi pengalamannya menyambut raya setiap tahun di rumahnya. Menurut pelantun lagu Lagu Kita ini, sejak kecil lagi dia dan keluarga tidak pulang ke kampung dan hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja.

“Saya mempunyai kampung di Raub Pahang. Tapi setiap tahun saya dan keluarga akan beraya di Kuala Lumpur sahaja,” ujar Aizat ringkas.

Ditanya tentang pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang beraya di bandar, jejaka berusia 31 tahun ini  bercerita tentang pengalamannya di pagi raya ketika melakukan solat raya di Masjid Assyakirin, KLCC.

Image result for aizat raya

“Pengalaman raya yang sukar untuk saya lupakan adalah ketika saya melakukan solat raya di Masjid Assyakirin KLCC. Disana terdapat ramai warga Bangladesh yang menunaikan solat raya. Saya kagum dengan mereka kerana mereka mampu beraya jauh di perantauan dan saya sangat hargai pengorbanan mereka,” jelas Aizat.

Walaupun tidak mempunyai kampung, Aizat mengakui dirinya lebih selesa beraya di bandar kerana sudah terbiasa beraya di sini.

Ditanya lagi mengenai pengalaman raya yang tidak boleh dilupakan ketika kecil, Aizat memberitahu ketika kecil dia sangat suka dengan kerepek bawang sehingga mampu menghabiskan sebalang kerepek bawang seorang diri. Bayangkan sebalang besar kerepek hanya boleh dihabiskan Aizat sekelip mata, nakal Aizat ni!

“Saya memang hantu kerepek bawang. Sewaktu kecil, saya akan menghabiskan sebalang kerepek bawang dalam sekelip mata sahaja. Ini sahaja juadah yang saya gemari ketika hari raya,” katanya sambil ketawa.

Namun begitu, menurut Aizat persiapan raya dilakukan secara sederhana sahaja kerana telah kehilangan ayah tercinta tahun ini. So siapa yang pandai-pandai kata raya kat bandar ni tak best? Aizat kata seronok tau!

Angkat tangan sikit siapa sini #TeamRayaKL, sis dah ada dekat kampung ni. Selamat hari raya, Maaf zahir batin.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my