Serious?!
Challenge accepted! Masukkan boba dalam hidung?
KORANG tahu tak dekat Jepun sekarang ni ada satu challenge yang tengah hangat dikejar oleh dorang. Buat masa sekarang ni, kalau sebut pasal boba memang ramai yang suka enjoy minum boba tea ni. Tapikan dekat Jepun, ada satu cara dorang enjoy yang agak pelik sikit. Well, pelik banyak la sebenarnya sebab tak pernah ada lagi orang buat benda macam ni menggunakkan makanan. So apa challenge tu ? Apparently, dorang sumbat boba tu dalam hidung , lepas tu tangkap gambar dan upload di social media. Ish, apa pelik nya!

Bebola boba tu kira makanan jugak kan dah disumbat pulak dalam hidung. Tak bahaya ke ? What if, tiba-tiba nak bersin ke lepas tu tersumbat masuk ke dalam rongga hidung tu? Dah satu hal pulak nak rushing ke hospital. Sis bukan apa, nak buat challenge apa pun buat lah tapi biar berpada. Kalau sampai boleh mendatangkan bahaya, elakkan ya. Kalau kena gelak dengan doctor, jangan marah !

sumber:knowyourmeme
Selain dari menyumbat boba dalam lubang hidung, di Jepun, ada juga beberapa challenge yang trending. Antaranya, balancing air minuman yang dibeli, di bahagian dada lepas tu cuba minum. Kira macam minum secara free hand. Nak tergelak jugak sis tengok gambar masing-masing. Kalau challenge yang ni bolehlah korang nak buat. Tak ada lah bahaya pun. Paling-paling pun air tu jatuh atau baju korang basah. Selagi tak membahayakan kesihatan dan diri masing-masing sis okay je. Cuma challenge ni, perempuan je yang selalu join. Lelaki mungkin ada challenge lain. Siapa yang nak cuba tu Goodluck!





Komen Terkini