Fitness

‘Check it out ladies!’ Ini 5 senaman yang korang boleh lakukan di rumah

Oleh  | 

SENAMAN sangatlah penting untuk kita. Selain bertujuan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan fit, senaman juga bertujuan untuk menyihatkan mental dan fizikal kita.

Namun, susah untuk kita mantain bersenam setiap hari, Lagi-lagi bila terlalu sibuk dengan kerja sampai takde waktu untuk ke gym atau ber jogging di taman. Sebenarnya kita boleh je lakukan senaman di rumah. Ada beberapa senaman yang sesuai kita lakukan di rumah sahaja. Kalau nak tahu apa senaman yang sesuai, jom baca apa yang Dhia nak share kat bawah ni!

1.  Skipping

FOTO: BFme

Skipping atau lompat tali adalah senaman yang simple tetapi mempunyai banyak kebaikan kepada kita. Antaranya adalah, skipping boleh membaiki postur tubuh, menguatkan otot dan boleh mencegah osteoporosis. Apa yang kita perlukan cuma tali skipping. Korang boleh skipping kat mana je yang korang suka contohnya di dalam bilik, di halaman rumah atau sambil menonton televisyen pun ngam

2. Angkat dumbell

FOTO: Popsugar

Siapa kata nak kuatkan otot tangan cuma boleh dekat gym je? Kat rumah pun boleh sebenarnya sisturr. Gunakan dumbell bersaiz sederhana dan lakukan dalam 3 kali seminngu. Dijamin otot tangan korang boleh terbentuk dan kuat. Berguru je dekat youtube tentang cara-cara menggunakan dumbell dengan betul.

3. Senaman aerobik

FOTO: beautyhealthtips.in

Ha, senaman ni paling digemari oleh kaum wanita. Tak susah pun nak lakukannya di rumah. Cari di youtube video-video senamrobik yang boleh korang ikut. Lakukan sebanyak  3 kali dalam seminggu pun dah cukup. Have fun!

4. Menari

FOTO:beautyhealthtips.in

Menari dapat memberikan banyak manfaat kepada tubuh kita. Selain boleh menyihatkan tubuh badan, menari juga boleh mengurangkan stress, meningkatkan mood dan membantu membaiki koordinasi tubuh badan kita. Pasang lagu up beat kegemaran korang dan menarilah sepuasnya!

5. Sit up, push up dan plank

FOTO: wiseGEEK

Sebagai penutup untuk senaman-senaman di atas, korang jangan lupa untuk melakukan senaman pembentukkan otot semula seperti sit up,push dan plank. Tak perlu buat jauh-jauh. Dalam bilik sendiri pun dah cun.

So dah takde alasan lagi untuk tak bersenam. Nak badan cantik kan? jangan culas bersenam okay?  Sambil-sambil bersenam tu boleh la korang usha laman web Superdeals sebab dengarnya ada diskaun yang hebat sempena hari wanita.

Tunggu apa lagi?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my