Serious?!

Check out 4 filem Aamir Khan di Netflix yang boleh buat korang ‘basah’!

Oleh  | 

SEBUT sahaja Bollywood mesti korang dah terbayang scene menari dan joget-joget yang ada dekat kebanyakkan filem diorang. Bukan itu sahaja, dialog dan drama air mata mereka pun boleh tahan sadisnya. Ha, kalini jom kita sembang sikit tentang Aamir Khan. Nama pelakon itu mendapat perhatian orang kebanyakkan kerana plot cerita dan lakonannya sangat mengesankan.

Ha, kalau sebelum ni korang tak pernah layan langsung Aamir Khan, korang memang rugi besar. Ini antara filem Aamir Khan yang wajib tonton. Confirm korang akan basah tersedu-sedu sebab sedih beb! Kalau korang dah tengok, boleh juga maraton filem ini berkali-kali sebab sumpah worth it! Sis nak cadangkan korang tengok filem ni seorang diri, yelah tak la korang malu nak menangis nanti.

3 Idiots

OMG! Yes! ni memang wajib tengok. 3 Idiots cerita tentang persahabatan tiga orang pelajar di Imperial College of Engeneering. Mereka ialah Farhan Qureshi, Raju Rastogi dan Ranchoddas Chanchad. Rancho adalah seorang yang sangat genuis berbanding dengan semua orang yang ada di kolej tersebut. Dia selalu sebut All Iz Well kalau berhadapan sesuatu yang tak diingini. Ada banyak konflik berlaku antaranya dia dimusuhi oleh pensyarah sendiri. Cerita ni banyak membuka mata semua orang tentang sistem pembelajaran di dunia.

Dangal

Bagi masyarakat India, gusti adalah sukan yang penting bagi mereka. Ia bukan sahaja sebuah tradisi, tapi ia juga  lambang kebanggaan negara mereka. Ini cerita tentang Mahavir Singh Phogat yang merupakan atlet gusti negara. Dia mempunyai impian untuk memastikan keturunanya bergiat dalam sukan tinju. Namun apakan daya, kesemua anaknya berjantina wanita. Tapi siapa sangka anaknya Babita dan Geeta diasuh untuk menjadi seorang peninju. OMG! kena tengok macam mana kasih sayang seorang bapa yang nak tengok anaknya berjaya.

PK

Ha, kalau sebut sahaja alien, korang mesti terbayang bagaimana jahatnya mereka menghancurkan bumi. Tapi PK ceritanya lain pula. ‘Seorang alien’ telah ditemui jatuh ke bumi. Bukan itu sahaja, dia pun jatuh cinta! amboi Aamir Khan dalam cerita ini memang kelakar habis. Cerita ini sebenarnya berkisah tentang bagaimana kita hidup dalam perbezaan selain mengkritik para penunggang agama.

Taare Zameen Par

Oh nooooo! ini filem paling epik Aamir Khan. Memang habis satu kotak tisu. Cerita tentang seorang kanak-kanak Ishaan Awasthi yang mengalami dyslexia. Ia membuatkan Ishaan dipinggirkan dan diasingkan oleh orang sekelilingnya sehingga memaksa Ishaan duduk di sekolah berasrama. Di situlah dia bertemu seorang guru yang banyak membantunya. Memang jatuh hati terus sis dengan watak cikgu dalam ni.

Good news! sebab semua filem ini dah ada dekat Netflix. Jemput tengok dan jangan lupa roger sis mana satu filem favorite korang tau.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my