Inspirasi Dhia

Check this out! Benda-benda ‘cool’ yang korang boleh belajar dari Siti Hajar

Oleh  | 

Hai geng! amacam Hari Raya Aidiladha korang untuk tahun ini? mesti tengah sibuk uruskan menu istimewa dekat dapur. Ya, sis faham. Sebagai anak dara yang sejati, kita memang akan busy. Tapi sis sempat nak berborak sikit dekat korang tentang Siti Hajar.

Sempena Aidiladha yang mulia, jom kita cerita sikit tentang seorang yang sanggup memberikan seluruh hati dan perasaanya untuk seorang anak. Waktu itu Siti Hajar, Nabi Ibrahim dan anak mereka Nabi Ismail sedang travel untuk menuju ke Baitul Haram. Mereka harus meredah lembah padang pasir di bawah matahari terik.

Waktu itu Nabi Ibrahim mendapat perintah daripada Allah untuk menyeru manusia. Maka tinggalah Siti Hajar dan anaknya di tengah perjalanan. Ketika itulah Siti Hajar memandang anaknya. Naluri keibuannya tersentuh sehingga memaksanya mencari air yang berdekatan. Paling tak pun, dia berharap boleh berjumpa mana-mana sufi atau pengembara yang berdekatan.

via GIPHY

Siti Hajar berlari-lari sebanyak tujuh kali dari Shafaa ke Marwa. Namun tak bertemu apa-apa. Berkat pengorbanannya, Allah telah memberikan mukjizat apabila munculnya mata air di bawak kaki kecil Ismail. Ia dipanggil air Zam-Zam. Bukan itu sahaja, selain daripada air itu membantu mereka untuk bertahan di padang pasir, ada juga para sufi yang kebetulan lalu di situ dan membantu mereka.

Siti Hajar mengajar kita bahawa setiap apa yang kita lakukan dan pengorbanan yang kita lakukan tidak pernah sia-sia di mata Allah. Walaupun yang kita berikan adalah hati dan perasaan kita sendiri.

via GIPHY

Hikmah di sebalik kesulitan kadang-kala tak terjawab dalam masa yang singkat. Ia memakan masa berbulan-bulan untuk memahami kenapa sesuatu ujian itu diturunkan kepada kita. Apa yang kita boleh lakukan ialah percaya kepada segala kententuan, Tuhan.

Kalau Siti Hajar tak berusaha mencarikan air, sudah tentu air Zam-Zam tidak wujud sehingga hari ini. Seruan Nabi Ibrahim dipadang pasir itu juga terjawab hari ini apabila ramai orang berbondong-bondong menunaikan haji.

Apa yang penting ialah, trust the process!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my