D-Life

Checklist! badan para gadis dianggap sihat kalau…

Oleh  | 

ORANG dewasa sebenarnya disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali untuk memastikan kita terhindar daripada penyakit sebarang penyakit. Namun begitu, kalau korang nak tahu sebenarnya badan kita ini pun boleh memberikan beberapa petanda sama ada kita sihat atau sebaliknya.

Bagi seorang perempuan, badan korang dianggap sihat sekiranya memiliki beberapa tanda ini. Jom baca sampai habis!

via GIPHY

Kitaran haid teratur

Kalau kitaran haid korang teratur, ia menandakan yang korang memiliki organ reproduktif yang sihat. Hormon korang pun dianggap normal. Biasanya perempuan yang mengalami masalah kegemukan akan cenderung mendapat kitaran mestruasi yang tidak teratur.

Rambut tebal dan kuku kuat

Rambut yang lebat dan kuat dengan kuku yang tidak cepat patah juga adalah petanda korag memiliki kesihatan yang baik. Kalau ramput korang asyik rapuh dan nipis menunjukkan yang badan korang tu sebenarnya kurang nutrisi macam zat besi dan vitamin D.

via GIPHY

Bertenaga

Bila bangun pagi, korang terasa sangat bertenaga dan bersedia untuk menghadapi hari yang baru. Ini kerana, banyak orang yang kurag vitamin akan mula mengalami kelesuan, kurang tenaga dan mengantuk.

Jarang sakit kepala

Semua orang pernah sakit kepala. Sebab kadangkala ia hadir secara normal dan kemudian akan menghilang tak lama selepas itu. Namun, mereka yang migraine  akan mengalami kesakitan yang luar biasa.

via GIPHY

Nafas segar

Ha, jangan tak tahu sebenarnya nafas kita pun boleh menjadi petanda kesihatan badan tau.  Sistem kekebalan tubuh juga sangat berkaitan dengan usus. Nafas yang segar memberi petanda sama ada usus seimbang atau tidak. Mulut berbau boleh menandakan diabetes, reflux atau gangguan ginjal.

Baiklah, itulah antara checklist yang korang boleh consider. Kalau korang memenuhi semua kriteria tersebutm tahniah! korang berjaya sihat.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my