Serious?!

‘Chemistry’ kuat Liyana dan Juliana sebab utama Bella & Jamie menjadi!

Oleh  | 

KALAU kita melihat sejarah carta pembikinan filem di Malaysia, tak banyak sebenarnya filem yang dihasilkan untuk pasaran filem remaja.

Namun, pelakon Liyana Jasmay nampaknya berani untuk mempertaruhkan filem sulung terbitannya yang memaparkan dilema dan sisi realiti golongan gadis remaja pada masa kini menerusi filem Bella & Jamie.

“Semasa saya kecil, saya suka tonton filem seperti Lizzie McGuire. Jadi saya terfikir, kenapa saya tak buat satu filem mewakili gadis-gadis ini. Maka, di situlah tercetusnya Bella dan Jamie.

“Target saya untuk filem ini adalah gadis berusia 13 hingga 17 tahun. Jarang ada filem di Malaysia yang mengetengahkan gologan remaja. Jadi saya rasa nak buat cerita untuk mereka,” katanya kepada Dhia.

Filem terbitan Mermaid Studio itu mengisahkan tentang persahabatan antara Bella dan Jamie yang dilakonkan oleh Liyana sendiri yang digandingkan bersama-sama Juliana Evans. Konflik persahabatan mereka mula terjadi apabila Bella menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih Jamie iaitu Reza lakonan Izzue Islam.

BACA: Puas menunggu 3 tahun, filem pertama terbitan Liyana Jasmay bakal di pawagam

Memandangkan Liyana dan  Juliana Evans memang sahabat karib di luar filem, maka tidak hairanlah jika chemistry antara mereka begitu terserlah di dalam filem ini.

Manakala menurut Izzue Islam, Bella & Jamie membawa mesej besar tentang persahabatan dan makna cinta yang dihadapi oleh semua golongan masyarakat tidak kira umur.

Bella & Jamie turut menampilkan pelakon handalan yang lain seperti Khir Rahman dan Dynas Mokhtar. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagan mulai 31 Januari ini. Apa lagi, ajaklah BFF korang untuk tonton filem ini bersama-sama.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my