Serious?!

Chen EXO umum nak kahwin! Gadis bertuah itu ialah…

Oleh  | 

ADA sesiapa dekat sini peminat EXO? Ini ada cerita berita baharu dari kumpulan Kpop terkenal itu apabila salah seorang ahli mereka iaitu Chen EXO mengumumkan akan berkahwin dengan tunangnya. Rupa-rupanya, gadis bertuah itu bukanlah datang daripada kalangan selebriti.

Berita itu dikongsikan Chen sendiri melalui media sosialnya. Mesti ramai yang terkejut, kan? Mana tidaknya, tidak pernah pula Chen mengumumkan dia sedang bercinta dengan sesiapa. Tup, tup, dia nak nikah dah.

Katanya, pernikahan itu nanti bakal diadakan dalam sebuah majlis secara tertutup. Chen menulis surat itu kepada peminatnya untuk menyampaikan perasaan dirinya kepada peminat yang selama ini menyokongnya.

Syarikat SM Entertainment pun nampaknya telah pun diberitahu tentang berita gembira ini.

via GIPHY

Hello. Ini adalah SM Entertainment.

Chen telah bertemu dengan kai dan menyatakan hasratnya untuk bernikah. Pengantin wanita adalah non-selebriti, dan pernikahan akan diadakan secara peribadi yang dihadiri keluarga.

Ada ke sesiapa yang patah hati dekat luar sana? Hiks. Apapun semoga rumahtangga mereka akan sentiasa bahagia dan berkekalan. Tahniah Chen!

 

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my