Inspirasi Dhia

Chin up girls! Ayuh keluar dari drama toksik kamu

Oleh  | 

BAHAGIA sangat subjektif kepada setiap orang. Ia juga boleh ditemukan dalam perkara kecil dan kesempatan yang membuat hidup lebih bermakna.

Memperbaharui rutin kehidupan kita sehari-hati juga dapat memberi kita kebahagiaan. Jadi, ini antara cadangan kami untuk membuatkan hidup kamu lebih gembira dan bersemangat setiap hari.

Jaga jadual makan

via GIPHY

Walaupun sibuk dengan kerja dan tugasan, kamu jangan pula selalu skip makan. Risau pula tabiat ini akan memberi kesan negatif seperti menurunkan gula dalam darah seterusnya memberi signal stres kepada otak.

Lakukan apa-apa yang kamu sukai.

via GIPHY

Walaupun menjalani rutin harian yang sibuk, kamu dinasihati untuk tetap melakukan aktiviti yang kamu sukai. Katakanlah kamu suka menyanyi. Pastikan kamu memiliki kesempatan untuk berehat dan bernyanyi.

Terima diri sendiri

via GIPHY

Terimalah siri kamu seadanya sama ada kekurangan dan kelebihan. Dengan mencintai diri sendiri, kamu akan boleh mencintai orang lain di sekeliling kamu. Jangan terlalu mengkritik dan membenci diri sendiri kerana ia akan menghalang kamu untuk menjadi lebih bahagia.

Maafkan diri sendiri

via GIPHY

Tak semua perkara berlaku mengikut apa yang kita inginkan. Relakanlah masa lalu dan bertekadlah untuk membina masa hadapan yang lebih indah. Berhentilah menjadi sempurna dan terimalah kekurangan diri kita seadanya.

Ucap selamat tinggal kepada drama

via GIPHY

Tak kisahlah sama ada di tempat kerja atau kehidupan harian. Kamu harus belajar untuk menjauhi diri daripada terjebak dalam drama yang dimainkan orang-orang beracun. Tiada alasan untuk bersama mereka dan berkongsi keburukan orang yang membawa racun kepadamu. Jangan biarkan racun yang di bawa mereka meresapi hati kamu yang bersih. Ok?

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my