Inspirasi Dhia

‘Chin up girls!’ Percayakan diri kamu lebih dari apapun

Oleh  | 

BOLEH dikatakan setiap daripada kita pernah mengalami masalah tidak yakin pada diri sendiri. Ada sahaja perkara yang membuatkan kita meragui, berteka-teki dan mempersoalkan apa yang kita miliki. Tak semua orang dilahirkan dengan tahap keyakinan yang tinggi. Maka, ia memerlukan kekuatan untuk membentuk sifat percaya diri.

 

Kami di Dhia memang sangat memahami betapa sukarnya untuk kamu membina semangat dan keyakinan untuk menghadapi kekecewaan serta rejection dalam hidup  Jadi, kami ada senaraikan beberapa perkara yang mungkin boleh membantu kita  membina keyakinan diri. Walaupun ia kelihatan sangat sederhana dan simple tapi, why not kita cuba?

 

Fikiran bakat kamu

via GIPHY

“Aku tak tau la apa bakat aku”

Aip! Apa pula fikir macam tu. Kamu mungkin tidak pasti lagi apakah bakat yang benar-benar kamu miliki. Oleh itu, kamu jangan berputus asa untuk mencari dan mencungkil bakat yang terpendam itu. Sebaik sahaja kamu menjumpainya, hah! Percayalah kamu akan bersinar.

 

 Tentukan matlamat kamu

via GIPHY

Okay sekarang, tentukan apa yang ingin kamu miliki dan capai. Ia mungkin kedengaran mustahil  untuk dicapai hari ini, namun siapa tahu takdir akan berbaik hati untuk memakbulkan setiap keinginan kita di hari muka. Kamu boleh mulakan dengan target yang kecil dahulu ya!

 

Bercakaplah dengan diri kamu sendiri

Sukar untuk berasa yakin jika kamu asyik dihantui oleh bisikan negatif yang menyatakan kamu tidak cukup baik. Oleh itu, peluklah diri kamu dan pujuklah diri kamu sendiri. Ini kerana hanya diri kamu yang paling berkuasa untuk menyelamatkan kamu dari kesedihan.

 

Cari hobi baru

via GIPHY

Jika kamu mahu memulakan kehidupan baharu. Kamu juga harus berani membuka diri kamu untuk mencuba perkara-perkara baru. Carilah hobi baru. Siapa tahu ia mungkin bakat yang lama terpendam. Atau rupanya kamu seorang fast learner kan?

Tidak mudah untuk selalu mempunyai sikap percaya dan yakin diri. Kekecewaan tetap ada. Namun apa yang penting ialah keberanian kita untuk bangun setelah jatuh berulang kali. Alright girls?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my