Inspirasi Dhia

Cikgu ‘awesome’ guna kaedah kreatif ajar murid-murid mengira

Oleh  | 

MENGGALAS tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab itulah pepatah Melayu ada juga menyebut guru ibarat lilin yang membakar diri demi mendidik anak muridnya. Lebih-lebih lagi apabila kita berada pada zaman teknologi ketika ini  dimana guru-guru semakin kreatif menggunakan pelbagai cara untuk menjadikan pengajaran mereka diterima  dengan mudah kepada murid-murid.

Sebenarnya, situasi ini berlaku di sebuah kampung pendalaman di Sarawak dimana seorang guru lelaki muda memuat naik beberapa keping foto di laman Twitter menunjukkan dirinya sedang mengadakan kelas matematik bersama murid-muridnya.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah cikgu muda ini menggunalan pendekatan yang berlainan berbanding biasa. Kalau sebelum ini kelas matematik kita hanya dipenuhi dengan soalan persis “Ali mempunyai 3 biji epal dan dia memberikan 2 biji epalnya kepada Siti. Berapa jumlah epal Ali yang tinggal?,” ternyata cara pembelajaran guru ini berlainan daripada biasa.

Foto: Twitter

Cikgu muda yang menggunakan tweethandle @k_izzuddin ini menggunakan pendekatan lain kepada anak-anak muridnya. Dia bertindak menjadi banker dan menyediakan sejumlah wang kertas palsu kepada anak-anak muridnya semasa sesi pembelajaran berlangsung.

Foto: Twitter

Mereka mengadakan sesi pembelajaran sambil mengadakan aktiviti berjual beli di dalam kelas. Mungkin ini merupakan strategi guru muda itu untuk menarik perhatian murid-muridnya supaya lebih memahami mata pelajaran matematik.

Ternyata effort guru muda ini berjaya menarik perhatian netizen-netizen yang sememangnya suka melihat perkara-perkara luar biasa yang dipamerkan oleh netizen yang lain. Usaha guru ini mengadakan aktiviti semasa kelas juga berjaya mendapat respon yang positif. Ada juga netizen bertindak menggamit memori semula sewaktu mereka di zaman persekolahan.

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Apapun, betapa hebat dan murninya usaha seorang guru dalam memastikan anak-anak muridnya berjaya. Kalau korang yang masih belajar tu hargailah tenaga pengajar korang okay? Jangan nakal-nakal ye.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my