Serious?!

Cikgu tersilap tayang video porno di kelas!

Oleh  | 

MALUNYA! Bayangkan kalau ini terjadi kepada kamu atau guru di Malaysia, pasti gamat dibuatnya!

Sesiapa sahaja pasti pernah menemukan pornografi di Internet. Tidak terhad kepada di laman-laman lucah sahaja, porno hampir di mana-mana. Di ruang iklan malah kadang-kadang terselit di laman sosial. Kalau terbuka iklan lucah di laman sosial ketika menaiki tren, kita cepat-cepat menutup telefon pintar di tangan.

Tetapi apabila kamu secara tidak sengaja memainkan video lucah dalam satu ruang dengan jumlah yang ramai, dan orang yang ramai tersebut ialah pelajar-pelajar kamu, tentu kamu akan menjadi seorang yang mahu berputus asa dengan kehidupan dan mahu duduk diam-diam dalam hutan!

Ini terjadi kepada seorang guru di China, apabila beliau secara tidak sengaja tertayang video lucah dalam koleksi pornografinya di dalam kelas yang penuh dengan pelajar secara tidak sengaja!

Situasi menjadi lebih gamat apabila guru tersebut sedikit lambat menyedari dan kelam kabut menutup video tersebut di komputer riba (yang sudah ditayangkan lebih 30 saat).

Lebih teruk, salah seorang daripada pelajarnya sempat merakamkan ‘pelajaran’ tersebut dan memuat naiknya di laman sosial!

Dalam rakaman tersebut kelihatan semua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa terbahak-bahak mengetahui ‘sisi nakal’ guru mereka malah ada pelajar perempuan yang menutup mata mereka.

Laporan Metro UK, mengatakan guru tersebut meninggalkan kelas selepas memainkan video tersebut dan terpaksa kembali selepas terdengar bunyi ketawa dari luar.

Semoga ini menjadi pelajaran kepada guru tersebut (dan kepada guru-guru lain), supaya tidak mengulangi silap besar. Malu nanti!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my