DhiaLova

Cinta & Benci. Selamat Tinggal Hubungan Penuh Toksik

Oleh  | 

SABAN hari kita mendengar khabar penceraian yang tinggi dikalangan pasangan yang berkahwin walaupun hubungan tersebut berlandaskan cinta serta saling mengenali hati budi masing-masing sebelum membina mahligai bersama.

Usah memperjudikan masa depan sendiri dengan terlibat dengan permainan cinta yang belum tentu membawa bahagia. Lebih-lebih lagi hubungan cinta penuh toksik!

Apa Perasaan Anda Sewaktu Bersama Si Dia?

Langkah pertama untuk mengenal pasti korang berada di dalam perhubungan toksik atau tidak adalah korang sendiri perlu “sedar diri”. Ketepikan sekejap rasa cinta & cuba berpijak dibumi yang nyata.\

via GIPHY

Adakah korang berasa gembira? Rasa dihargai? Adakah si dia seorang pendengar yang baik? Adakah dia sentiasa berada di sisi anda saat diperlukan? Adakah jangkaan anda berada pada tahap yang sama terhadap pasangan? Atau jangkaan anda terlalu tinggi? Apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, kita selalu dibutakan dengan realiti. Apatah lagi perasaan adalah sesuatu yang terlalu subjektif. 

Jelas Dengan Keperluan Diri Sendiri

Perselisihan faham dalam perhubungan adalah sesuatu yang biasa, kerana kadangkala hati kita kerap kali salah menafsir sesuatu perkara. Apabila hati lebih memainkan peranan dan melibatkan perasaan, kita jadi beremosi.

via GIPHY

Sebagai contoh, disaat kita sensitif, intonasi suara pasangan yang selalunya kedengaran biasa pada telinga, mungkin pada hari tersebut, telinga kita menghantar isyarat seumpama pasangan kita sedang meninggikan suara. Lalu timbul salah faham. 

Jika sesuatu perhubungan itu telah ditakdirkan untuk berpanjangan, tiada halangan yang tidak dapat dilalui bersama. Namun awas, jika hanya korang yang mengalah, itu maksudnya korang sedang menuju kearah perhubungan toksik. 

Biarkan Diri Anda Berasa Sakit

Dalam erti kata lain berikan ruang untuk  diri korang bersedih. Benarkan air mata itu mengalir, menangislah, menjeritlah sepuas hati. Emosi yang dipendam sebenarnya lebih menyakitkan berbanding emosi yang dizahirkan. Namun jangan sampai berlarut-larutan sehingga memberikan impak negatif kepada kesihatan.

via GIPHY

Contoh berikan diri korang masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk bersedih, mengenang sesuatu yang sudah tidak bermakna hanyalah membuang masa dan tenaga. Selepas tamat tempoh itu, carilah teman atau lakukan aktiviti yang boleh menceriakan korang seperti pergi bercuti, melakukan aktiviti menyelam atau cuba perkara baru yang tidak pernah anda bayangkan.

Hargai Diri Anda

Konteks di sini adalah sayangi diri korang sendiri. Jangan sesekali malu untuk mengatakan korang tidak OK kepada orang sekeliling. Jika korang terlibat dalam suasana yang tidak menyenangkan, usah rasa terbeban dan segeralah meninggalkan persekitaran penuh toksik itu.

via GIPHY

Mengapa korang perlu bertahan dengan orang yang langsung tidak menghargai korang? Kunci kebahagiaan sebenarnya terletak di tangan korang sendiri. Hormati perasaan korang, hargai diri sendiri, Mengapa korang perlu mengorbankan kebahagiaan diri untuk manusia yang sentiasa merendahkan keupayaan korang? 

Berjalan Keluar Bukan Bererti Anda Tidak Peduli

Tinggalkan perhubungan yang tidak dapat berkembang. Meninggalkan si dia yang korang rasa tidak mempunyai matlamat yang sama dengan korang adalah satu keputusan bijak. Mencintai tidak semestinya memiliki.

via GIPHY

Sebagai contoh, korang mencintai lelaki tersebut sepenuh hati dan menjalinkan hubungan dengannya hampir 3 tahun, namun dia tidak pernah sesekali berkongsi perancangan untuk menghalalkan korang sebagai suri hidupnya. Jadi untuk apa korang membuang waktu dan kasih sayang kepada orang yang salah. 

Terbuka Kepada Peluang Baru

Melepaskan kenangan lalu dan bergerak ke hadapan bererti korang telah pun berjaya mengharungi cabaran mendatang. Jangan bandingkan insan yang kini bersama korang dengan si dia pada masa lalu.

via GIPHY

Cabar diri dan cuba sesuatu yang baru, perkara yang korang benci pada masa dahulu boleh jadi perkara yang korang paling gemari sekarang. Keterbukaan korang mungkin sahaja mengundang sesuatu yang lebih hebat dan bakal memanfaatkan dimasa hadapan.

Jangan sesekali takut untuk bermula semula selepas menyedari korang terlibat dengan jerat cinta penuh toksik. Adalah lebih baik korang terluka sewaktu masih berstatus ‘bujang’ daripada bergelar isteri atau suami kepada si dia. Peluang untuk bahagia sentiasa ada, jadi berlapang dadalah untuk mencarinya.

Penulis: Nurbaya

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my